Adakah Mahathir akan meneruskan program sebegini? , Kalau lihat sbelum ini, tiada pun inisiatif sebegini semasa pentadbiran dia

Adakah Mahathir akan meneruskan program sebegini?
Kalau lihat sbelum ini, tiada pun inisiatif sebegini semasa pentadbiran dia. Dia cuma bina kuarters yg akhirnya milik kerajaan setelah tamat berkhidmat.
Penjawat awam terpaksa membeli dari sektor swasta atas alasan jika kerajaan sapu semua, bagaimana sektor swasta nak hidup.
Cara ini menyebabkan monopoli harga rumah oleh pemaju swasta.
Dasar ini tidak menyebelahi rakyat dan penjawat awam.
Mahu lagi balik ke zaman dia?

Ingat Episod Linda?, Keluarga Linda antara keluarga yg menjadi mangsa kebakaran

Ingat Episod Linda?
Keluarga Linda antara keluarga yg menjadi mangsa kebakaran. 2 keluarga adalah dr murid sekolah saya. Semuanya hangus terbakar. Ibu linda patah tangan sebab terjun!
Pagi tadi, nasrCafè Jalan Bintang menjadi Focal Place untuk penyerahan bantuan. Tkasih yg mengViralkan! Hebat org Miri!
Terima Kasih kpd;
Pejabat YB Hj Ahmad Lai Bujang untuk kupon kelengkapan persekolahan.
Sumbangan Peribadi dr Tn Hj Zailani, SU Politik Ketua Menteri
Geng Bikers Skuad Muda JPJ, Zon Sarawak
Pertubuhan Ikram Miri
Beberapa penyumbang budiman.
Ingin menyumbang?
Sumbangan boleh dihantar ke sekolah SK sayed Othman bermula esok, isnin 8 Jan 2017.
Tahniah Cikgu Mohd Afifin, Cikgu Tan Ah Lek & Awangku Faizal atas usaha anda!

Fardhu Kifaayah Di Tengah Pusat Perniagaan Cina

Fardhu Kifaayah Di Tengah Pusat Perniagaan Cina.
Kehangatan Chinese New Year mula dirasai. Persekitaran nasrCafè sudah mula meriah, warna warni! Ang Paw lai lai!
Terima kasih menjadikan Nasi Goreng Terubok Masing, Mee Kolok Mushroom, Nasi Kerabu Ayam Berempah sebagai best sellers!
Dah try satay di nasrCafè Jalan Bintang?

Tak solat ke?, Hari ni setiap kelas yg saya masuk, dibuat ulangkaji bacaan dlm solat

Tak solat ke?
Hari ni setiap kelas yg saya masuk, dibuat ulangkaji bacaan dlm solat. Sedihnya,.. hampir keseluruhan dalam kelas yg diajar tidak dpt menyempurnakan bacaan dlm solat.
Sebelum cuti dulu, agak membanggakan. Tapi, Bila Cut sekolah. Semuanya bercuti barangkali. Cuti baca Quran, cuti solat. Cuti belake…
Cabaran hanya Allah yg tahu bagaimana untuk “reinstall” “cleaning” kembali hafalan bacaan solat.
Secara umum, menunjukkan tiada sokongan di rumah. Walau bukan semua,.. tapi ia jelas tidak diberi perhatian.
Cabaran sebagai org bekeluarga. Peringatan untuk semua…

Bertambah Setahun, Rambut diserikan dengan helaian putih, ada yg keemasan

Bertambah Setahun
Rambut diserikan dengan helaian putih, ada yg keemasan. Tidak banyak, tapi nampak agak jelas.
Mata masih jelas, tiada bantuan kanta. Alhamdulillah, jelas Resam Othmani ditatap. Indah sungguh ciptaan Allah.
Terima Kasih yang mengirimkan tanda ingatan hari kelahiran. Tentang Umur tentang kehidupan. Sebagai tanda syukur diberi kehidupan, sebagai peringatan berapa berbaki.
Diberikan pengalaman penuh makna, di Bumi Miri bertuah, dikelilingi sahabat Ansar yg soleh solehah. Ktak org ng bait bah!
Dengan umur barakah doa Arwah Ayah Bonda. Moga bertambah umur yg Baraakah.
Pengalaman sebagai
The Flying Ustaz
Location D35 Offshore.

Perkataan Cliche tu elakkan

Perkataan Cliche tu elakkan.
Sebagai Muslim, kita memang disuruh untuk melakukan Istikharah apabila memilih sesuatu benda atau buat sesuatu keputusan.
Istikharah bukan sehari 2, akan tetapi tiap hari dan doa moga Allah tunjukkan jalan yang betul.
Alhamdulillah.
Sekarang aku dah pilih jalan sebagai seorang Perunding Takaful. Dan Allah mudahkan, Alhamdulillah.
In sha Allah, tiap cabaran mendatang, akan tetap hadapi dengan tabah dan sabar kerna, Istikharah itu bermaksud Sandarkan keputusan kepada-Nya ?.
Wallahuallam

Ujian sebagai Tanda Keimanan (QS Hud, 11:7), ~Riyadus Salihin~, Daripada Suhaib bin Sinan r

Ujian sebagai Tanda Keimanan (QS Hud, 11:7)
~Riyadus Salihin~
Daripada Suhaib bin Sinan r.a., dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, ‘ Alangkah menakjubkan urusan orang Mukmin, sesungguhnya semua urusannya baik, dan itu tidak dimiliki oleh seorang pun selain orang mukmin. Apabila tertimpa kesenangan, dia bersyukur, dan syukur itu baik baginya, dan bila tertimpa musibah, dia bersabar dan sabar itu baik baginya’.”
(Hadis Riwayat Muslim). (An-Nawawi, Riyadus Salihin, No. Hadis 27, 2010 M:25).