Tidak ketinggalan juga pelbagai aktiviti kebajikan dan konvoi yang menarik

TSUNAMI HIJAU SELANGOR ‘GREEN4U’ DEKATI ANAK MUDA PANDAN DENGAN SUKAN.
Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
26 OGOS, PANDAN – PAS Selangor terus mendapat perhatian Belia dan anak muda di Pandan dengan penganjuran "Tsunami Hijau Negeri Selangor" melalui program-program kekeluargaan seperti Parenting skill dan pertandingan mewarna anjuran Pemuda PAS Negeri Selangot yang juga turut mengadakan acara Riadah dan Sukan.
Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan atau lebih dikenali sebagai DACS berjaya menganjurkan beberapa acara sukan yang menjadi permainan kebiasaan anak muda di sekitar Pandan seperti Futsal Padang, Bola Keranjang & Bola Sepak Persahabatan antara Pemuda PAS FC dan Belia Harapan FC.
DACS Selangor juga turut mengadakan DACS Mini Concert bersama Buskers & Drummers bagi menarik minat pengunjung disamping itu turut diadakan perlawanan Tarik Tali antara pemuda Kawasan dan "Demo Race".
Tidak ketinggalan juga pelbagai aktiviti kebajikan dan konvoi yang menarik dibawah kendalian Alternatif Riding Club (ARC) Selangor yang mendapat sambutan belia Pandan seperti program Basuh Motor Percuma, Tukar Minyak Hitam Percuma dan Konvoi Pimpinan Pemuda PAS bersama kereta antik.
Forum Anak Muda disebelah malam pula mendapat perhatian dengan penampilan 2 ahli panel permotoran, Saudara Ali Russia aktivitis dakwah permotoran dan juga Saudari Siti Fatimah Husna pelumba wanita professional Cub Prix Malaysia.
Anak muda dan masyarakat turut diberikan pencerahan isu-isu terbaru menerusi Pentas anak muda, menampilkan pimpinan negeri dan pusat seperti YB Sallehen Mukhyi, Ust Ahmad Fadhli Shaari, YB Hishamuddin Abd Karim dan lain-lain. Pastinya, yang cukup menarik ialah pelancaran hashtag ‘Green4U’ sebagai moto dan usaha berterusan pemuda Pas mendampingi anak muda dan menyampaikan mesej sejahtera bersama Islam.
Secara keseluruhan program yang diadakan di Pandan ini jelas mendapat perhatian dan sokongan masyarakat pelbagai bangsa dan latar belakang.

Apa yang penting adalah jumlah kemasukan kalori pada hari itu

TUJUH MITOS DALAM DIET
1. Makan malam buat anda gemuk?
Tiada sebarang bukti yang menunjukkan makan malam menyebabkan kegemukan. Apa yang penting adalah jumlah kemasukan kalori pada hari itu.
.
2. Lebih sikit anda makan, lebih bagus?
Mereka yang ada sakit jantung, diabetis, masalah metabolisme akan mendapat kebaikan daripada pemakanan lemak. Lemak apa? bukan lemak tepu tetapi lemak tak tepu. Lebih sedikit makanan diambil lebih sikit pembakaran berlaku.
.
3. Protein adalah nutrien yang sangat penting untuk atlet?
Memang benar protein yang diperlukan oleh seorang atlet lebih tinggi dari orang biasa. Tapi berapa banyak? kebanyakan atlet atau mereka yang berlatih di gymnasium tidak memerlukan protein sebanyak yang mereka ambil. Kemungkinan makanan semulajadi mereka dah mencukupi tanpa perlu mengambil makanan tambahan. Keperluan seorang ahli bina badan mungkin lebih berbanding atlet bola sepak.
.
4. Diet rendah lemak atau tiada lemak bagus untuk anda?
Perlu diingatkan bahawa badan kita memerlukan lemak sebagai tenaga, untuk membaik pulih tisu-tisu yang rosak, untuk pengangkutan vitamin A, D, E, K. Tidak perlu diet tiada lemak cuma perlu mengurangkan lemak tepu dalam diet harian.
.
5. Berpuasa akan menurunkan berat badan?
Mungkin benar untuk jangka masa yang pendek tetapi untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan badan membakar otot sebagai sumber tenaga. Apabila otot mengecil, kadar metabolisme badan asas akan menurun.
.
6. Makanan tinggi lemak menyebabkan badan naik dengan cepat?
Badan kita tidak akan naik lemak segera jika hanya makan 50g coklat. Badan kita memerlukan 3500 kalori berlebihan untuk menaikkan 1g lemak dalam badan.
.
7. Berat badan akan naik sekiranya berhenti merokok?
Memang benar nikotine mempengaruhi kadar metabolisme badan tetapi dalam jumlah yang sedikit. Cuma merokok dah jadi rutin, jadi seorang perokok akan mencari sesuatu untuk mengantikan asap rokok dengan makanan. Jadi badan naik disebabkan tabiatnya sendiri. Seorang perokok yang berhenti merokok seeloknya mencari sesuatu seperti gula-gula getah tiada gula untuk menggantikan rokok

Sesiapa yang berminat nak mendengar perkongsian dan cuba

Hari ni event Sembang Kita edisi Disember akan diadakan jam 8 malam ni di Seksyen 10, Shah Alam.
Sesiapa yang berminat nak mendengar perkongsian dan cuba membincangkan pendapat anda tentang economic outlook untuk 2018, dijemput hadir ya.
Nak minta juga Sdr. Hanafi Zamali ulas tentang blockchain/bitcoin dalam industri kewangan di Malaysia dan feedback bankers berkenaan fenomena ini.
Masuk adalah PERCUMA.
Boleh daftar di sini,

Aznan Hassan dari Maybank dlm penerangan terhadap Forex Trading ini termasuklah ttg leverage

Nama FOREX Trading dan Bitcoin jadi busuk disebabkan ramai scammer menggunakan dua platform ini utk memperdaya masyarakat.
Terlalu byk so called pelaburan di atas nama Forex dan Bitcoin dan pastinya bentuk investment sebegitu adalah mengarut.Itu tak masuk lagi bab haram halal Forex.Saya suka pandangan dari Associate Professor Dr. Aznan Hassan dari Maybank dlm penerangan terhadap Forex Trading ini termasuklah ttg leverage, broker dan lain2.Zaman Mahathir dulu Bank Negara Malaysia adalah antara "player" besar dlm Forex Trading.
Assalamualaikum Forex Trader, berapa pip dapat kaut hari ni? Ataupun merah belake? Ke ramai yg MC? ?