Hari Isnin akan dibuat pengumuman di London Stock Exchange bahawa 1MDB akan membayar hutang US $2

Hari Isnin akan dibuat pengumuman di London Stock Exchange bahawa 1MDB akan membayar hutang US $2.5b iaitu bersamaan RM11b kepada IPIC Abu Dhabi.
Mengikut lapuran 1MDB akan menjual Brazen Sky Ltd dan 1MDB Global Investment Ltd iaitu “Cayman units” yg tidak bernilai untuk membayar hutang tersebut.
Soalnya siapa pembeli yg akan menjadi mangsa?
Adakah Kementerian Kewangan, EPF, Tabung Haji, KWAP atau PNB sebagai penyelamat ???

Kalaupun BN menang PRU14, Siapa akan bayar hutang 1MDB RM21b terhadap IPIC kalau bukan rakyat? Kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man

Kalaupun BN menang PRU14, Siapa akan bayar hutang 1MDB RM21b terhadap IPIC kalau bukan rakyat? Kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man…
Pembayaran pertama sejumlah US $1.2b kepada IPIC tidak bermakna hutang sudah selesai.
Kerajaan juga harus jelaskan kepada rakyat dari mana datangnya sumber dana US $1.2b? Jika sekiranya dana tersebut diperolehi dari penjualan Brazen Sky Ltd… Jumlah penjualan tersebut haruslah telus dan dibuktikan dengan Sales & Purchase Agreement.

M’sia dan Abu Dhabi bersetuju tentang penyelesaian hutang 1MDB terhadap IPIC dengan bayaran pertama sebanyak US $1

M’sia dan Abu Dhabi bersetuju tentang penyelesaian hutang 1MDB terhadap IPIC dengan bayaran pertama sebanyak US $1.2b atau RM5.28b sebelum akhir tahun ini… jumlah hutang 1MDB dengan IPIC ialah US$3.5b atau RM15.4b.
Hutang 1MDB bukan sekadar dari IPIC tapi dari berbagai institusi termasuk KWAP dll.
Begitupun blogger mereka telah bergembira kerana percaya dapat mengelak Najib dari tindakan oleh DoJ. Sedangkan dunia luar akui bahawa MO1 dan sekutunya mempunyai prospek untuk didakwa kerana mencuri dana 1MDB…
Kita sabar menunggu….

1MDB akan membayar hutang dengan IPIC Abu Dhabi sebanyak US $1

1MDB akan membayar hutang dengan IPIC Abu Dhabi sebanyak US $1.2b atau RM5.28b sebagai pembayaran pertama yg akan dilunaskan sebelum akhir tahun ini. Jumlah hutang keseluruhan 1MDB terhadap IPIC ialah US$3.5b atau RM15.4b.
The Straits Times pertikaikan dengan penyelesaian ini akan melemahkan tindakan DoJ terhadap skandal/kleptrocracy 1MDB…
Bagaimana pembayaran seterusnya masih jadi tanda tanya.