SERUAN SELAMATKAN AL-AQSA, Berita terkini negara haram Israel sedang mengganas di Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya, yang menjadi kiblat pertama umat…

SERUAN SELAMATKAN AL-AQSA
Berita terkini negara haram Israel sedang mengganas di Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya, yang menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum Ka’abah, tanah suci ketiga bagi umat Islam selepas Kota Suci Makkah dan Madinah, destinasi Israk Rasulullah S.A.W. dan bermulanya Mikraj apabila dijemput menjadi tetamu Allah. Peristiwa yang wajib diimani oleh umat Islam, kerana kisahnya dinyatakan oleh Al-Quran dan Hadis yang sahih lagi mutawatir.
Bumi dan sekelilingnya dinamakan bumi para anbia’ yang dimuliakan semuanya oleh umat Islam, Kristian dan Yahudi. Mengikut Islam bukan hanya Musa dan Isa sahaja yang disanjung. Maka, umat Islam menjadi pemegang amanah yang dapat memeliharanya dengan baik dan memberi hak kepada penganut semua agama yang memuliakannya, khususnya penganut Yahudi dan Kristian, sejak Islam membebaskannya daripada penjajahan Rom Byzantine yang menyekat pihak yang lain yang tidak seagama dan semazhab.
Allah berfirman:
وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّهُدِّمَتۡ صَوَٰمِعُ وَبِيَعٞ وَصَلَوَٰتٞ وَمَسَٰجِدُ يُذۡكَرُ فِيهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِيرٗاۗ وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ الحج
“Dan kalaulah Allah tidak mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa” (Surah Al-Hajj: 40)
Kini tanah suci ini ditakluk oleh Zionis Yahudi dengan sokongan Zionis Penjajah Barat melalui Perjanjian Balfour yang telah genap 100 tahun peristiwanya. Langkah yang ditentang juga oleh Mazhab Ortodok Yahudi (Natorikarta) yang berpegang dengan kitab Taurat yang asal mengharamkan penubuhan negara itu, kerana menjadi sebab berkuburnya bangsa Yahudi.
Namun, kalangan Zionis yang fanatik perkaumannya tetap berjuang bagi menegakkan negara impian keagungan bangsa Yahudi bersimbolkan Empayar Nabi Sulaiman yang menakluk dunia. Dengan menguasai ekonomi, mereka berjaya menguasai politik dan media, khususnya di negara besar seperti Amerika dan kebanyakan negara Eropah, sehingga memaksa semua pemimpinnya menyokong Israel dan melindunginya yang dikemukakan dalam setiap kempen pilihanraya dan setelah berkuasa sehinggalah melindungi negara haram itu melalui pertubuhan antarabangsa, serta menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan PBB dan mempengaruhi Mahkamah Antarabangsa untuk menjaga keselamatan Israel dan menjaga pengkalan tentera barat yang ditempatkan disekitarnya.
Malangnya negara umat Islam khususnya negara Arab yang berkedudukan geografi, demografi dan menguasai sumber kekayaan bumi dan tenaga manusia gagal menghadapi cabaran yang membahayakan Masjid Al-Aqsa yang diancam sehingga untuk dirobohkan bagi mendirikan di atas runtuhannya Kuil Yahudi yang dinamakan Haikal Sulaiman.
Paling malang dan melucukan lagi, ketika penduduk Bait Al-Maqdis dan sekitarnya sanggup mempertahankan Tanah Suci itu dengan senjata si miskin atau tangan kosong, tiba-tiba negara Arab yang kaya-raya itu menganjurkan Sidang Kemuncak Riyadh bersama Presiden US Donald Trump dengan dijemput sama pemimpin negara Islam, menyusuli Sidang Kemuncak Negara Teluk sebelumnya bersama PM British Teresa May.
Seterusnya diisytiharkan pula Resolusi Riyadh, dikatakan tanpa kehadiran kebanyakan para pemimpin yang hadir kerana sudah pulang. Resolusinya penubuhan Nato Al-Islam yang bertujuan menghadapi bahaya Iran, bukannya Israel. Adapun pelaksanaannya pula mengepung Qatar yang kerdil, bukannya Iran. Oleh sebab Qatar menyokong Hamas yang dikira pengganas kerana berjihad hanya di Palestin dan memerintah Gaza melalui pilihanraya secara demokrasi, tetapi dikepung dan dipotong segala kemudahan sehinggalah eletrik. Sebabnya juga kerana Qatar menyokong Ikhwan Muslimin yang menang pilihanraya secara demokrasi di Mesir tetapi dirampas kuasa dan Presidennya Dr. Muhamad Morsi daripada Ikhwan dipenjarakan dan dikenakan hukuman mahkamah bertubi-tubi. Apakah maksud itu semua, sehingga Masjid Al-Aqsa dan Palestin dilupakan?
Malangnya pula, media barat menyebarkan maklumat banyak negara Arab itu sedang mengurat negara haram Yahudi Israel yang menggodanya. Sudah ada perjumpaan secara senyap dan terbuka, bahkan sudah banyak yang telah mengadakan hubungan diplomatik dan ekonomi untuk membina kekayaannya.
Di samping sudah banyak duit yang dihabiskan kerana berperang di Syria, Iraq, Yaman, Libya dan mungkin ada lagi yang akan dinyalakan untuk membakar duitnya. Siapa yang menang menjadi arang dan siapa yang kalah menjadi abu, yang kenyangnya ialah negara barat yang masih menjadi tuan dalam percaturan yang berlaku.
Apakah yang berlaku menyatakan bermulanya sabda Rasulullah S.A.W?
“ويل للعرب من شر قد اقترب”
(أخرجه البخاري 4/138 برقم 3346، ومسلم 4/ 2207 برقم: 2880)
“Kecelakaan bagi bangsa Arab kerana kejahatan yang menghampiri mereka” (Diriwayatkan oleh Bukhari 138/4 no. 3346, Muslim 2207/4 no. 2880)
Dimanakah Liga Arab yang ditubuhkan kerana menentang penjajah? Dimanakah pula OIC yang ditubuhkan oleh Sidang Kemuncak Negara Islam kerana pelampau Yahudi membakar Masjid Al-Aqsa?
Keadaan terkini lebih besar daripada seorang Yahudi yang membakar Masjid Suci itu, disebabkan kerajaan haram itu menyekat umat Islam dan melindungi pelampau Yahudi yang sebahagiannya bersenjata.
Walaupun kita percayakan janji Allah dan Rasul-Nya bahawa kesombongan Yahudi akan menguburkan mereka dan mereka sedang menggali kuburnya, tetapi kewajipan kita di hadapan Allah wajib ditunaikan.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 30 Syawal 1438H / 24 Julai 2017M

Nilai Belajar di Universiti

Nilai Belajar di Universiti.
Degree Certificate ubah hidupku.
Aku belajar memahami kenapa aku belajar hingga Degree.
Sblm habis Degree aku dah fikir nak kerja @ berniaga. Pointer Degree ok jelah.???
Pengalaman waktu nak kerja partime kena kata boleh je, ketika Interview utk dapat kerja. Semua boleh je bila diinterview. Janji dpt kerja????.
Waktu degree aku ada buat Praktikal di satu Audit Firm. Aku belajar ttg hidup.
Aku lihat ramai berharap lepas habis degree terus kerja. Dengan Degree senang dapat kerja. Ramai cari kerja. Ramai cari kerja utk ada Gaji. Expected Mindset
Aku bertanya kenapa aku perlu cari kerja & duit? Berharap org lain untuk bg aku kerja. Aku berusaha sendiri utk berjaya mesti best.
Aku perlu “create” kerja & duit. Kerja sendiri là. Usaha sendiri. Rezeki Allah Bagi. Aku belajar Degree hanya utk dpt Kerja? Aku ada degree nnt org pandang up sikit? Nak up lg go for Professional cert, Master & PHD.
Semuanya berdasarkan pemahaman & penilaian individu. Semuanya betul.
Aku sedar sebenarnya Ilmu yg aku dapat dari penilaian UPSR,PMR,Diploma & Degree adalah untuk aku berfikir tentang Nilai2 Kehidupan. Ada ilmu jadilah ExtraOrdinary(XO) Person.
Yang Bestnya Aku pergi Konvo Degree aku tetapi x ambil Cert Degree aku. Ambil Gambar Pulang Jubah terus balik sebab aku x nak pergi Interview Kerja. Kerja Sendiri je. So Cert degree x perlu. Mintak Kerja bukan pilihan aku. Aku create Kerja untuk Aku.
Aku pilih jd XO. Aku bersaing dengan diri sendiri. Kalau pergi Interview ramai2 yg dapat 2-3 org je.
Ada kwn2 yg dapat kerja awal x smpi 6 bulan mengeluh ttg kerja. Aku dengar je sebab aku x hadapi apa yg mereka hadapi kerana aku kerja sendiri. Masalah aku aku selesaikan sendiri.
Allah kan ada.
Aku dah berjanji kpd diri sendiri akan ambil Degree Cert satu hari nanti.
Hari itu adalah Hari ini selepas 11 Tahun Konvo. Aku nak Create Success dengan berserah Rezeki kpd Allah & berdiri atas bakat sendiri. Ilmu yg aku dapat dari Degree aku create Success dalam life aku yg Sempoi. Alhamdulillah
Aku nekad jd Konsultan Freelance di BLHB, Southern Bank & CIMB. Income komisen je Komisen bulanan X tetap. Tapi Aku Enjoy & Sempoi.
Jalan hidup aku lepas Degree berbeza dgn Ordinary Person lain.
Aku pilih jalan kejayaan yg org lain x suka pilih. Aku Enjoy life serah diri kpd Allah Usaha & berdiri atas bakat sendiri sering Bersyukur.
MALAYSIA NEGARA BERTUAH BERSYUKURLAH SELALU.
Aku rasa skrg masa utk aku berkongsi kerjaya Sempoi aku. Nak aku share ttg kerja Sempoi yg aku buat lebih 1 Dekad. Nak tahu pm tepi cepat2.
Alhamdulillah Allah Maha Adil. Hari ini aku pergi ambil Degree Cert aku di UiTM. Dah 1 Dekad.
Aku ambil Ijazah Perakaunan. Yahoo Aku kembali kerana Janji Aku tepati.
Senyum je sepanjang nak ambil Degree Cert aku. Kelakar Cerita ini memang sempoi.
Malaysia Tanah Tumpah Darahku. Negara Aku cari Rezeki. Aku yakin Usaha tangga Kejayaan.
Inilah kisah Sempoi hidupku. 11 tahun lepas. Now merancang kehidupan yg lebih XO di masa mendatang bersama family.
-XO CHAMPION-

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN, Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO,…

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Setelah lebih empat dekad saya melalui perit jerih dan suka duka perjuangan di dalam UMNO, semalam Majlis Tertinggi membuat keputusan untuk memecat saya daripada parti. Saya tidak pernah meninggalkan perjuangan parti atau mengkhianati parti. Saya cuma berkata benar kerana itulah prinsip yang saya junjung dalam perjuangan saya.
Malangnya saya dipecat kerana apa yang saya perkatakan selama ini menyentuh skandal moral dan kewangan paling besar dalam sejarah UMNO dan negara yang melibatkan Perdana Menteri. Sahabat saya Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga dipecat dan Datuk Seri Shafie Apdal digantung keahlian. Segala-galanya berlaku hanya kerani kami mengambil langkah berani menegur Perdana Menteri yang sudah jauh tersasar daripada perjuangan UMNO yang asal.
Saya berasa kecewa kerana UMNO yang ada pada hari ini bukan lagi UMNO yang sebenar. Ia telah berubah menjadi sebuah parti yang dikuasai hanya oleh seorang individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kesalahannya dan menyelamatkan dirinya. Mereka yang melakukan perbuatan jenayah yang merosakkan imej parti dan integriti tidak menerima hukuman yang setimpal. Sebaliknya, mereka yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan dipecat daripada parti.
Mereka yang menguasai UMNO boleh melakukan apa sahaja terhadap saya, namun saya tidak rela hidup melutut. Bukan prinsip saya untuk tunduk bersekongkol dengan perbuatan jahat seorang pemimpin yang merosakkan bangsa dan negara.
Keputusan pemecatan saya ini telah pun saya duga dari awal. Maka semalam berakhirlah sejarah panjang perjalanan hidup saya yang penuh liku di dalam UMNO. Sejarah ini akan terus terpahat dalam ingatan saya kerana UMNO telah sekian lama menjadi sebahagian daripada denyut nadi dan darah daging saya. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun hatta diri saya sendiri. Saya tidak pernah mengkhianati UMNO. Saya hanya menentang pemimpin UMNO yang korup dan menyeleweng.
Namun, jika mereka beranggapan perjuangan saya berkubur di sini, mereka silap. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan. Biarlah mereka memecat saya dan melakukan apa sahaja untuk melunturkan semangat juang saya. Obor perjuangan di dalam jiwa saya akan terus menyala.
Walaupun tindakan terhadap saya daripada penggantungan jawatan sehingga pemecatan saya daripada parti bercanggah dengan proses keadilan dan tidak berperlembagaan, saya tidak akan merayu.
Saya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin UMNO dan akan tetap terus melaksanakan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa dan negara seperti pejuang-pejuang bangsa kita sebelum ini. Bangkitlah bangsa Melayu memperjuangkan nilai-nilai moral dan integriti supaya kita tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin yang rasuah dan tamak haloba.
Kepada para penyokong, saya tahu anda memahami pendirian saya. Teruskanlah perjuangan menegakkan kebenaran dan membela tanah air tercinta walau di mana sahaja anda berada. InsyaAllah kita akan terus bersama dalam perjuangan suci ini.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin anda boleh menilai yang mana benar dan yang mana salah, yang mana baik dan yang mana buruk. Anda pastinya tidak rela membiarkan negara ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa. Sebagai rakyat, anda berhak untuk membuat perhitungan yang terbaik demi masa depan anda, keluarga dan negara.
Saya menganggap pemecatan saya ini adalah satu lagi dugaan Allah s.w.t terhadap saya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Saya yakin segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya berdoa semoga sentiasa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian Allah dan segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.
Allah s.w.t berfirman dalam Surah At-Taghabun ayat 11 yang bermaksud:
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa seseorang melainkan dengan izin Allah, dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku dengan tenang dan sabar) , dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap- tiap sesuatu”
Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal yang bakal menjelma, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada seluruh ahli UMNO sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang saya lakukan sepanjang saya berada di dalam parti.
Selamat tinggal UMNO.
Kepada Allah saya berserah.
TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
25 Jun 2016

Percayakah anda?, Kereta yang masih dalam warranty sahaja yang perlu dihantar servis ke SC

Percayakah anda?
Kereta yang masih dalam warranty sahaja yang perlu dihantar servis ke SC. Dah abis warranty, cari la pomen2 yg berkaliber untuk jaga kereta anda.
Pengalaman saya, SC Honda sangat bagus dari segi menjaga track record servis kereta kita. Sekurang2nya kita boleh check bila last servis dan apa yang diservis beserta kosnya. Selain dari tu, mengecewakan dari segi harga dan workmanship.
Ada orang kata xyah buang masa dan duit join mana2 kelab kereta. Saya setuju mmg buang masa dan duit jika xkena gaya. Tapi jgn lupa melalui kelab kereta la kita boleh berkongsi pendapat dan pengalaman kereta masing2.
Bagi kereta Honda FD (2007), ada beberapa common problem sama ada SC sedia maklum atau tidak. Contohnya, leaking berkaitan power steering hose & pump. 2 kali saya kena tukar hose sebab leaking. Sekali percuma sebab product recall (Honda akan recall bila ada major faulty esp yg berpunca dari pihak Honda sendiri. Kali kedua kena bayar sbb warranty dah habis.
Malangnya, pump kena tukar sendiri sbb dah abis warranty. Biasanya kita boleh minta Honda utk quote kos yg bakal dihadapi jika repair di SC. So untuk pump tersebut, Honda quote hampir RM4000. Bila check dgn kawan2 di kelab kereta, kos sebenar cuma RM900! Barang sama2 ori!
Start dari situ la saya mula cari pomen lain untuk repair major problem.
Berbalik semula kpd kualiti kerja, pernah sekali saya minta SC check engine mounting sama ada ok atau tak. FYI engine mounting juga salah satu common problem pada kereta Honda FD. Bila dicheck katanya tiada masalah. Semuanya ok. Tetapi bila saya minta pomen lain check, ternyata 2 skru utama pada mounting engine tersebut dah patah! Bukan sekadar cakap, pomen tu siap buat demo bagaimana rupa enjin kereta bila skru utama dah patah. Silap haribulan, boleh jatuh enjin tu.
Hari ini saya jumpa pomen tu lagi skali utk check lower arm tayar depan. Info dari kelab kereta, kalu buat di SC, kos tukar lower arm di SC boleh mencecah RM1500 sepasang (kos sparepart sahaja). Rupanya2 hanya bush pada lower arm shj yg perlu ditukar, BUKAN LOWER ARM SELURUHNYA. Kos hanya RM320 siap pasang. Sparepart sama ori.
Saya baru sahaja servis kereta saya minggu lepas di SC. Tukar minyak hitam dan filter (minor servis). Tiada sebarang maklum balas dari SC pasal leaking atau any problem.
Hari ini, sementara pomen tukar bush lower arm, dia bagitau minyak gear bocor dan ada beberapa part enjin yg bocor. Saya perasan mmg ada minyak kat parking kereta. Katanya, kalu bawa ke SC, confirm kena angkat engin. Padahal penyebab utama leaking ialah seal dan gasket dah sampai masa kena tukar.
Kesimpulannya, walaupun servis di SC kadang2 memberi peace of mind (sbb ada warranty), tetapi kos yg melampau dan kualiti kerja mmg mengecewakan.
Apatah lagi kereta saya ni dah berusia 10 tahun, cincai2 je la dia buat.
Servis belum selesai, hari isnin kena hantar semula untuk tukar gasket gear dan enjin. Kalu hantar SC, rasanya rambut pun xnak tumbuh dah pikirkan kosnya.
Xtau la berapa gram lagi bakal melayang.