Cerita sebelum Azan maghrib tadi

Cerita sebelum Azan maghrib tadi.
Dapat whatsapp dari salah seorang #FairyYn.
Alhamdulillahhhhhh!
Rezeki orang yang berusaha?
Baik cikyu mahupun Syarifah Khyra Muhsin memang tidak akan tinggalkan team kami?
Kami akan suapkan dieroang dengan pelbagai ilmu sampai kenyang sendawa burp burp!
Yang tinggal hanya apply apa yang diberi.
Insyaallahh tak akan tak buah hasil.
Orang berusahaa insyaallah ada ganjaran menanti.
Kipidap #teamYn?

TOLONG BACA YA /PLEASE READ

TOLONG BACA YA /PLEASE READ. JANGAN MALAS MEMBACA YA. INI SANGAT PENTING. DAN TOLONG VIRAL KAN ATAU SHARE KEPADA KAWAN2. THANK YOU.
http://www.ssuuk.com/…/kenyataan-rasmi-sskm-ssuuk-berhubung…
Salam sejahtera kepada semua bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak. Saya Doris Jones mewakili kumpulan sosial didalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang kini bergerak dibawah sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan yang sah, yang bernama Sabah Sarawak Union-United Kingdom, yang telah berdaftar dengan Kerajaan United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) ingin membuat kenyataan rasmi berhubung dengan surat maklum balas yang diterima oleh saya daripada Foreign & Commonwealth Office.
Borang Petisyen dihantar diluar pintu pejabat Perdana Menteri UK
Pertama. Saya telah menghantar sebahagian borang-borang petisyen yang telah diterima oleh saya dari Negara Sabah dan Negara Sarawak di luar pejabat Perdana Menteri UK dan ia diterima oleh kakitangannya pada 16 September 2017.
Surat maklumbalas petisyen daripada Foregin & Commonwealth Office
Kedua. Saya telah mendapat maklumbalas melalui surat daripada Foreign & Commonwealth Office yang bertarikh 11 Oktober 2017 dan melalui surat ini, saya telah mendapat kepastian tentang saluran yang benar, yang perlu ditujukan petisyen-petisyen suara rakyat negara Sabah dan rakyat negara Sarawak ini.
Ketiga. Antara kepastian yang telah disahkan juga ialah status kedudukan negara Sabah dan negara Sarawak adalah selari dengan informasi yang diperolehi daripada dokumen kolonial (penjajah) yang telah menyatakan bahawa negara Sabah dan negara Sarawak telah memiliki status Self-Government (Berkerajaan Sendiri). Ini disahkan melalui perenggan kedua surat tersebut yang ada menyebut “territorial integrity of the States of Malaysia”.
Keempat. “Territorial integrity ” adalah penggunaan kata yang merujuk kepada konteks Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1541 (xv) pada Prinsip ke sembilan (ix). Dalam konteks ini, ia menjelaskan seperti berikut;
“Integration should have come about in the following circumstances:
(a) The integrating territory should have attained an advanced stage of self-government with free political institutions, so that its people would have the capacity to make a responsible choice through informed and democratic process;
(b) The integration should be the result of the freely expressed wishes of the territory’s people acting with full knowledge of the change in their status, their wishes having been expressed through informed and democratic process, impartially conducted and based on universal adult suffrage. The United Nations could, when it deems it necessary, supervise these processes.”
Dalam penterjemahan bahasa adalah seperti berikut:
“Integrasi harus berlaku dalam keadaan berikut:
(a) Wilayah pengintegrasian sepatutnya telah mencapai tahap pentadbiran berkerajaan sendiri dengan institusi politik bebas, supaya rakyatnya mempunyai kemampuan untuk membuat pilihan yang bertanggungjawab melalui proses yang bermaklumat dan demokratik;
(b) Penyatupaduan harus menjadi hasil daripada kehendak rakyat yang bertindak dengan penuh pengetahuan tentang perubahan status mereka, keinginan mereka yang telah dinyatakan melalui proses yang bermaklumat dan demokratik, dilaksanakan secara adil dan berdasarkan hak pilih dewasa universal. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu boleh, apabila difikirkan perlu, menyelia proses ini. “
Kelima. Melalui kenyataan surat itu juga, ia jelas mengesahkan bahawa Kuasa Kedaulatan dan Kuasa Perundangan Negara Sabah dan Negara Sarawak telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) melalui Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan ia telah dimasyurkan melalui deklarasi pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Namun, kini kita semua sedari bahawa sebenarnya tidak ada pembentukan Malaysia sebaliknya pada tarikh 16 September 1963 hanyalah merupakan tarikh rasmi kerajaan Malaya menukar namanya di PBB kepada Malaysia dan perkara ini tidak pernah didedahkan selama lebih daripada 50 tahun.
Keenam. Apabila kuasa kedaulatan dan kuasa perundangan anda dipegang oleh kuasa luar (malaya), ini membawa maksud bahawa kuasa luar (malaya) itu mempunyai kuasa untuk mengawal kehidupan anda yang melibatkan soal sosial, ekonomi dan politik. Dalam erti kata lain, negara Sabah dan negara Sarawak sememangnya telah dijajah oleh kerajaan malaya dengan nama barunya iaitu Malaysia.
Ketujuh. Walaupun demikian, melalui status Berkerajaan sendiri, status negara Sabah dan negara Sarawak adalah berbeza daripada status negeri-negeri Tanah Melayu dan ini jelas dapat dilihat pada Perlembagaan awal sebelum diubah pada tahun 1976. Kini, kita hanya selangkah lagi kearah Kemerdekaan yang sebenar, yang akan mengangkat status negara kita daripada Berkerajaan Sendiri dibawah penjajahan malaya kepada Negara yang Merdeka dan Berdaulat nanti, setaraf dengan negara Republik Singapura, Kerajaan Brunei dan juga Kerajaan Malaysia. Ini dapat dilakukan melalui Gerakan Kemerdekaan yang mesti dilakukan dengan hati yang cekal, kuat, utuh dan disertai dengan nyawa. Kematangan sesuatu bangsa hanya dapat diakui melalui pencapaian bangsa dan negara itu mencapai status Kemerdekaan sebenar mereka sendiri.
Kelapan. Surat ini juga memaklumkan dengan jelas sekali bahawa isu-isu berkaitan dengan hak asasi manusia dan politik dalaman dipantau oleh kerajaan UK. Perkembangan di Timur Malaysia yang merujuk kepada negara Sabah dan negara Sarawak sentiasa berada didalam pantauan mereka serta perbincangan sentiasa diadakan dengan kerajaan Malaysia khususnya melibatkan hak kemanusian kita.
Kesembilan. Atas sebab inilah mengapa saya dengan penuh bertanggungjawab dan tegas mengatakan kepada anda semua bahawa kita tidak boleh sesekali takut untuk berjuang untuk mendapatkan hak kita kerana ia sememangnya milik mutlak kita. Malaysia ini hanyalah pentas persinggahan ataupun platform sementara sebelum kita mencapai kemerdekaan kita yang sebenar. Jikalau tangkapan dilakukan kerana perjuangan ini, ia akan merancakkan lagi Gerakan Kemerdekaan kita. Diakhir kepada perjuangan ini, sememangnya ia akan dilakukan didalam Makhamah, Dewan Undangan Negara Sabah dan Dewan Undangan Negara Sarawak, Parlimen Malaysia dan United Nations (UN).
Kesepuluh. Negara Republik Singapura sudah membuktikan proses damai Perpisahan itu dapat dilakukan secara damai dan demokratik. Perkara yang sama juga harus dan mesti dilakukan. Tidak ada lagi ruang untuk bangsa negara kita untuk menoleh ke belakang ataupun berlembut hati. Ketegasan dan ketetapan hati, jiwa dan minda itu mesti padat,keras dan kental untuk Merdeka.
Kesebelas. Saya menyeru kepada semua bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak yang ada sekarang, daripada seusia yang muda sehingga yang matang untuk melibatkan diri didalam Gerakan Kemerdekaan ini dengan hati yang rela agar kita dapat memperolehi kuasa Kedaulatan dan kuasa Perundangan yang memberikan kita kuasa Kemerdekaan untuk mentadbir kehidupan dan negara kita masing-masing. Kepimpinan yang tidak mewakili suara untuk menuntut Kemerdekaan mesti disingkirkan daripada dunia politik negara kita. Angkatlah pemimpin-pemimpin yang berjuang kearah kemerdekaan negara kita. Satukan rentak nyaringan suara semangat Kemerdekaan sehingga dunia ini mendengar dentuman suara bangsa kita bahawa Kemerdekaan itu mesti diberikan kepada empunya negara iaitu kita, bangsa negara Sabah dan bangsa negara Sarawak tanpa sebarang dolak-dalik.
Doris Jones
Labels: Official Statement

http://www

http://www.sinarharian.com.my/…/lindungi-sabah-sarawak-dari…
1. RIUH seluruh negara apabila tersebar dokumen Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat yang baru dikeluarkan daripada senarai dokumen rahsia. Dokumen yang bertajuk ‘Implications of Dispute over Sarawak Continental Shelf’ itu didatangkan dengan tafsiran negatif tentang hubungan Kuala Lumpur-Sarawak-Sabah sekitar penggubalan Akta Pelantar Benua 1966.
2. Kerajaan pusat di Kuala Lumpur dituduh melanggar Perjanjian Malaysia 1963 apabila mengambilalih hak perairan Sarawak (dan Sabah) yang melebihi 3 batu dengan kuasa ‘Darurat’. Dalam keadaan kerajaan sementara Sarawak yang lemah selepas ‘Kuala Lumpur mengusir ketua menteri Tan Sri Stephen Kalong Ningkan’, mereka akhirnya terpaksa bersetuju dengan ‘tekanan’ Kuala Lumpur.
3. Kerajaan Sarawak dituduh hanya menerima ‘konsesi kecil’ apabila Akta Pembangunan Petroleum 1974 memperuntukkan bayaran tunai “royalti 5%” kepada Sarawak. Sedangkan, dokumen CIA itu menunjukkan hak Sarawak untuk mengeksploitasi mineral di kawasan perairan dan pelantar benuanya sepertimana yang ditegaskan Peguam Negara sementara Sarawak ketika itu, Tan Sri Jemuri Serjan.
4. Hujah beliau ini disandarkan pada keputusan Majlis Negeri 1954 yang disokong Ordinan Menggali Minyak 1958 yang sepatutnya dihormati apabila Sarawak menyertai Malaysia, bukannya ‘dirampas’ sebagaimana di bawah Akta Pelantar Benua 1966 tersebut.
5. Keadaan semasa bertambah hangat dengan tuduhan Akta Laut Wilayah 2012 telah memberi lebih banyak kuasa kepada kerajaan pusat iaitu hingga 12 batu nautika perairan meskipun ia sebenarnya menuruti undang-undang antarabangsa. Tun Dr. Mahathir dalam ceramah Pakatan Harapan di Kuching pada September baru-baru ini bahkan berjanji untuk menaikkan royalti minyak Sabah dan Sarawak daripada 5% kepada 20%.
6. Sebenarnya perkembangan masalah kerajaan pusat-negeri serta pertelingkahan politik ini selari dengan pola geopolitik dunia hari ini. Tidak berapa lama selepas Kurdistan mengadakan referendum dari Utara Iraq, kini giliran Catalonia pula mengisytiharkan pemisahan dari Sepanyol. Sebelum ini dunia menyaksikan Scotland cuba untuk keluar dari Great Britain, Britain pula keluar dari Kesatuan Eropah (EU), sementara Crimea mengisytiharkan kemerdekaan dari Ukraine dan menyertai Persekutuan Rusia.
7. Rentetan senario disintegrasi wilayah politik ini mengundang resah di seluruh dunia, bukan sahaja di Sepanyol. Mengapa Catalonia menuntut kemerdekaan dari Sepanyol? Apakah impak peristiwa referendum ini? Apa pula perspektif kita di Malaysia dalam isu ini?
8. Catalonia ialah salah satu daripada 17 wilayah autonomi di Sepanyol yang kini memiliki kepadatan penduduk melebihi 7 juta orang. Mereka memiliki sejarah, budaya, dan bahasanya yang tersendiri. Apabila ibu negeri Catalonia, iaitu Barcelona ditakluk oleh Monarki Bourbon Sepanyol yang pertama Raja Felipe V pada 11 September 1714 serta membawa kepada pemerintahan diktator Jeneral Francisco Franco, autonomi dan kuasa politik Catalan telah tunduk di bawah Sepanyol. Bagaimanapun, kuasa ekonomi Catalonia tidak pernah pudar sejak era Revolusi Perindustrian hingga kini menyamai ekonomi negara Portugal.
9. Perlembagaan demokratik yang digunapakai selepas kematian Franco telah menjadikannya negara desentralisasi yang bukan sepenuhnya bersistem persekutuan (federal). Keadaan ini memberikan Catalonia sedikit-sebanyak autonomi politik di mana seiring perkembangan kesedaran arus politik, pemimpin Catalonia telah mulai menuntut lebih banyak autonomi politik. Walau bagaimanapun, apabila Mahkamah Perlembagaan menghalang pemberian lebih banyak kuasa autonomi dalam penghakiman pada tahun 2010, sentimen pemisahan dari Sepanyol mulai marak. Akibatnya, parti-parti politik pemisah yang cenderung kepada kemerdekaan Catalonia telah berjaya memerintah Catalonia mulai tahun 2015 dan seterusnya berjaya mengadakan referendum kemerdekaan pada 2017.
10. Impak referendum ini kepada Sepanyol umumnya boleh dibahagikan kepada beberapa sudut. Pertamanya merangkumi isu ekonomi. Isu ekonomi tidak dapat dinafikan menjadi tumpuan utama dalam kes Catalonia ini disebabkan hakikat bahawa wilayah tersebut merupakan wilayah penyumbang ekonomi yang besar buat kerajaan Sepanyol yang berpusat di Madrid. Dijangkakan bahawa Sepanyol bakal kehilangan 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seandainya Catalonia dibenarkan merdeka.
11. Dari segi politik dan perundangan pula, sama sekali berbeza dengan referendum kemerdekaan Scotland dari Great Britain serta referendum Brexit sewaktu Great Britain mengundi keluar dari Kesatuan Eropah, referendum Catalonia ini dilakukan secara unilateral iaitu sepihak. Dalam keadaan ini, referendum yang dilaksanakan ini sama sekali tidak melibatkan sebarang perjanjian dua pihak antara pihak Catalonia dengan kerajaan Sepanyol. Ternyata kerajaan Sepanyol di bawah kepimpinan Perdana Menteri Mariana Rajoy benar-benar ingin menjaga keutuhan politik dan ekonomi Sepanyol yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini dibelenggu beban ‘Eurocrisis’.
12. Impak kepada Kesatuan Eropah (EU) juga tidak kurang signifikannya. Dalam keadaan Britain baru sahaja memilih untuk laluan ‘Brexit’ tahun lalu, EU pastinya tidak ingin integriti wilayah politiknya menjadi semakin mengecil. Apatah lagi dalam senario arus politik populisme Kanan yang berteraskan etnosentrisme – iaitu semangat berasaskan politik perkauman – semakin mendapat tempat meskipun parti seperti pimpinan Marine Le Pen tewas di Perancis dan Geert Wilders tumpas di Belanda. Kejayaan Parti kanan dan anti-imigran dalam Pilihan Raya Jerman baru-baru ini turut mengisyaratkan masa depan yang mencabar buat keutuhan Kesatuan Eropah.
13. Bagaimana pula dengan kita di Malaysia? Antara yang menjadi tumpuan pastinya isu Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang digemakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Seruan ‘Sarawak for Sarawakian’ sebagai contoh telah turut digemakan sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun lalu meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjadikan sebarang kenyataan berbaur pemisahan wilayah Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia sebagai jenayah di bawah Akta Hasutan.
14. Sepertimana Catalonia, Sabah dan Sarawak juga memiliki gabungan pelbagai identiti, budaya, bahasa, sejarah, serta autonomi politik yang tersendiri. Malah dari segi ekonomi juga Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri terbesar dalam Persekutuan Malaysia dengan sumber alam dan hidrokarbon yang besar. Maka tidak hairanlah apabila terdapat seruan pihak berkepentingan yang menuduh Kerajaan Persekutuan sebagai tidak menghormati Tuntutan 20 Perkara Sabah dan 18 Perkara Sarawak sejak pembentukan Malaysia pada 1963.
15. Walau bagaimanapun, ketara sekali Semenanjung dan Sabah serta Sarawak saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada siapa mampu menafikan sumbangan ekonomi Sabah dan Sarawak yang penting buat perkongsian bersama Semenanjung. Sarawak ialah negeri penyumbang KDNK ketiga terbesar di Malaysia dengan 10 peratus manakala Sabah pula ialah negeri penyumbang KDNK kelima terbesar dengan 6.6 peratus.
16. Sabah dan Sarawak pula masih memerlukan Persekutuan dengan Malaysia bagi menjamin survival kedua-dua negeri terbabit dalam persekitaran geopolitik Pasifik dan serantau yang makin mencabar hari ini seperti peluasan kuasa China di Laut China Selatan berhampiran Sarawak, tuntutan Filipina yang masih berhasrat untuk mengambilalih Sabah, di samping ancaman bukan tradisional seperti Abu Sayaf, Daesh, serta pelanunan di perairan Borneo. Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), penubuhan Markas Wilayah 4 TLDM di Bintulu, serta inisiatif Pangkalan Laut Tun Azizan serta Pangkalan Laut Sharifah Rodziah membuktikan keprihatinan ini.
17. Apatah lagi dalam keadaan model Persekutuan Malaysia semasa berupaya menjamin kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak sebagaimana yang digarisakan dalam Perkara 153 (1) Perlembagaan Persekutuan. Bukan sahaja Sabah dan Sarawak diberi pelbagai keistimewaan seperti posisi perjawatan awam, imigresen, percukaian, sistem kehakiman, pemeliharaan adat dan budaya setempat, malah dari segi peruntukan dan pembasmian kemiskinan juga mereka tidak dipinggirkan.
18. Malah, Kerajaan Persekutuan menghormati langkah Kerajaan Negeri Sarawak menghantar pasukan peguam ke London bagi menyemak kembali hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia di samping usaha kerajaan negeri Sarawak menubuhkan syarikat petroleum tersendiri iaitu ‘Petros’.
19. Pastinya diakui, masih banyak penambahbaikan yang boleh dilakukan dari semasa ke semasa antara kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak di bawah rangka Persekutuan Malaysia hari ini, dengan satu syarat: langkah saling ‘berkonfrontasi’ sepertimana yang terjadi antara Sepanyol dengan Catalonia perlu dijauhi.
ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

MANA PILIHAN KAMU ? DIJAJAH KAH ATAU DI MERDEKA KAN ? FIKIR

MANA PILIHAN KAMU ? DIJAJAH KAH ATAU DI MERDEKA KAN ? FIKIR..
Apabila sasaran 300K signature tercapai, PBB akan mula melakukan proses ke arah referendum.
Pihak Malaya akan tertekan, lantas mereka akan berusaha keras untuk mengelakkan berlakunya referandum atau berusaha keras untuk memenangi NO untuk pemisahan. Oleh itu, Malaya akan menawarkan setinggi-tingginya apa yang dituntut oleh Sabahan dan Sarawakian, terutama sekali pada janji-janji berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia.
Maknanya, sebelum pun berlaku referendum, Sabahan dan Sarawakian sudah mulai menikmati kemenangan.
Andaikan Sabahan dan Sarawakian berdegil juga dan mahukan pemisahan dan YES untuk pemisahan terjadi, Malaya tiada pilihan lain dan terpaksa juga melepaskan Negara Sabah dan Negara Sarawak daripada cengkaman penjajahan mereka.
Maka bermulalah episod Sabah dan Sarawak sebagai negara-negara yang Merdeka dan Berdaulat di Asia Tenggara dan Dunia. Sebaik sahaja YES menang, tempoh peralihan kuasa akan berlaku, yang biasanya ditetapkan selama dua tahun, akan dikuatkuasakan oleh PBB. Tentera pengaman PBB segera masuk, dan tentera Malaya “mungkin” akan dipaksa kekal di Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk tempoh dua tahun lagi, sebagai tanggungjawab terhadap bekas tanah jajahan.
Dalam tempoh dua tahun itu, 600 ribu Sabahan dan Sarawakian di Malaya akan pulang ke Negara Sabah dan Negara Sarawak ataupun mungkin separuh mahu mengekalkan kewarganegaraan mereka sebagai bangsa “malaysia”.
200 ribu daripadanya boleh berkhidmat sebagai tentera Negara Sabah dan tentera Negara Sarawak, 150 ribu sebagai anggota Polis dan selebihnya boleh diserap dalam perkhidmatan awam yang lain.
Bank Negara Sabah dan Bank Negara Sarawak, matawang Sabah dan Sarawak, sistem politik, perlembagaan baru, dan semua yang serba baru digubal oleh sebuah suruhanjaya dengan pemantauan ketat oleh pihak PBB. Sebuah kerajaan sementara untuk tempoh peralihan itu dibentuk. Kerajaan sementara ini adalah terdiri daripada pelbagai etnik dan agama di Negara Sabah dan Negara Sarawak, yang memang terkenal dengan sifat saling menerima, memahami, bertoleransi dan tidak ekstrem.
Sebuah pilihan raya bakal diadakan untuk membentuk Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak, kemudiannya dilakukan sebelum mandat tempoh peralihan itu selesai.
Ketika tempoh peralihan tamat, Sabah dan Sarawak pada waktu itu akan muncul sebagai anggota baru di PBB, menjadi saingan Malaysia (malaya) dalam sukan SEA, Asia dan Olimpik. Semua hasil kita, kini diurus sendiri. Pemimpin Malaya terpaksa hormat pada pemimpin kita yang kini sudah setaraf. Kabotaj sudah tiada, semua jawatan awam milik Sabahan dan Sarawakian sepenuhnya.
FELDA, FELCRA, dan syarikat-syarikat sawit Malaya yang ada di Negara Sabah dan Negara Sarawak kini bertaraf pelabur asing dan mungkin pelaburan mereka dikaji sama ada dibenarkan terus melabur atau disebaliknya. Hasil tanah Sabah dan Sarawak kini dinikmati semula oleh semua Sabahan dan Sarawakian.
Petronas mungkin ditamatkan kontrak, Sabah dan Sarawak membuka syarikat minyaknya sendiri, atau buka tender kepada syarikat antarabangsa yang menawarkan pembahagian yang lebih adil kepada Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak.
Negara Sabah dan Negara Sarawak akan saling bantu-membantu dalam memperhebatkan Perdagangan dam pembangunan ekonomi. Hubungan diplomatik diantara kedua-dua negara diperhebatkan dan jalinan Ketenteraan dilakukan agar saling melindungi antara satu sama yang lain.
Maka Sabah for Sabahans dan Sarawak for Sarawakians pun muncul lah dipentas dunia. Kita menjalin hubungan diplomatik diseluruh dunia. Bayangkan peluang yang kita mampu nikmati masa tu. Bayangkan dan bandingkan dengan keadaan seperti yang ada sekarang.

“Encik, saya tak jadi amek takaful yang hari tu

“Encik, saya tak jadi amek takaful yang hari tu. Suami saya tak bagi, dia cakap membazir duit.”
Puan, jika ditakdirkan puan menghidap sebarang penyakit, adakah suami puan telah bersedia untuk mengeluarkan belanja perubatan PULUHAN RIBU RINGGIT demi puan ?
Jika suami puan boleh kata membazir RM150 sebulan untuk takaful puan, agak-agak suami puan sanggup tak ‘bazir’ dan bayar hangus RM 50,000 untuk rawatan hospital puan ?
Tanpa perlindungan takaful, puan bakal menanggung 2 kesakitan:
1. Kesakitan fizikal yang ditanggung puan.
2. Kesakitan kewangan akibat kos rawatan penyakit puan.
#PassionTocare

EDARAN SEGERA KENYATAAN AKHBAR, 7 Februari 2018, 1

EDARAN SEGERA KENYATAAN AKHBAR
7 Februari 2018
1. Saya merujuk kepada laporan oleh beberapa media berkenaan ulasan yang telah dibuat oleh Pengarah Pengurusan rangkaian pasaraya Mydin dengan menyatakan walaupun ekonomi Malaysia berkembang dengan kukuh tetapi rakyat Malaysia tiada wang untuk dibelanjakan.
2. Menurut beliau, keadaan ditunjukkan dengan pengucupan di dalam jualan di pasaraya besar.
3. Berdasarkan kepada data yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bahagian jualan runcit oleh pasaraya besar hanyalah 8%.
4. Oleh itu, jualan di pasaraya besar tidak boleh dilihat sebagai penanda aras prestasi jualan runcit dan seterusnya memaparkan keadaan ekonomi Malaysia dan rakyatnya.
5. Walaupun begitu, perdagangan runcit di Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh kedua-duanya dari segi nilai dan bilangan. Dari segi nilai, perdagangan runcit merekodkan pertumbuhan dua angka untuk tiga suku berturut-turut pada 2017 manakala dari segi jumlah, ia meningkat masing-masing kepada 7.8%, 11.5% dan 10.4% bagi suku pertama, kedua dan ketiga 2017.
6. Perdagangan runcit untuk 11 bulan pertama di tahun 2017 meningkat kepada RM410.5 bilion berbanding sebelumnya iaitu RM367.7 bilion untuk tempoh yang sama pada tahun 2016, iaitu pertumbuhan sebanyak 11.6%.
7. Bilangan kedai yang tidak khusus termasuk juga pasaraya besar meningkat dari 66,920 pada tahun 2016 kepada 73,848 pada tahun 2017. Ini mungkin menjadi alasan mengapa sesetengah premis berkenaan mengalami kemerosotan jualan kerana pelanggan kini mempunyai banyak pilihan untuk membeli-belah.
8. Berdasarkan kepada Bancian Ekonomi 2016 yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, transaksi e-dagang melibatkan perniagaan ke pengguna (B2C) berjumlah RM73.7 bilion dan berkembang setiap tahun. Lebih ramai orang kini membeli barangan termasuk keperluan asas harian tanpa perlu keluar dari rumah kerana pembelian ini boleh dilakukan mereka dengan begitu mudah dan senang melalui internet.
9. Beberapa pasaraya besar di Malaysia kini telah menawarkan perkhidmatan pembelian barangan keperluan asas harian melalui dalam talian. Bagi mereka yang masih tidak menceburi dengan perkembangan terkini akan terpinggir dari menjana potensi keuntungan yang sedang berkembang pesat melalui dalam talian ini.
10. Perangkaan lain juga menunjukan rakyat Malaysia secara umumnya mempunyai wang untuk dibelanjakan.
11. Sebagai contohnya, perbelanjaan dari pelancongan domestik berkembang sebanyak 10.2% pada tahun 2016 dengan mencatatkan RM74.8 bilion berbanding RM67.7 bilion pada tahun 2015. Membeli belah terus menjadi komponen utama di dalam perbelanjaan pelancongan domestik dengan mencatatkan bahagiannya sebanyak 35.3%.
12. Pelancong dari Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM33.5 bilion di luar negara pada tahun 2016, iaitu peningkatan dari RM31.1 bilion pada tahun 2015 walaupun nilai Ringgit menurun pada masa tersebut.
13. Kesemua perangkaan ini selari dengan kenaikan purata isi rumah bulanan sebanyak 6.2% setahun iaitu dari RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,228 di tahun 2016 serta juga menaikkan purata perbelanjaan bulanan isi rumah sebanyak 5.9% setahun iaitu dari RM3,578 untuk tahun 2014 kepada RM4,033 dalam tahun 2016 sebagaimana yang dilaporkan oleh Bancian Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah oleh Jabatan Statistik Malaysia.
14. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh jelas telah memberi manfaat kepada rakyat dari segi kenaikan pendapatan dan kuasa membeli yang mana telah melonjak pengunaan swasta.
15. Pengunaan swasta terus menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia dengan mencatatkan sumbangannya kepada KDNK negara berjumlah 53.2% atau RM589.7 bilion.
16. Prestasi ekonomi dan persekitaran negara serta juga rakyatnya tidak boleh diukur dengan hanya satu sub-sektor seperti industri pasaraya besar sahaja.
17. KDNK pun mempunyai keterbatasannya dan mungkin bukannya merupakan penanda aras yang sempurna kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat, namun ianya masih lagi menjadi penghubung yang agak baik bagi mengukur kualitatif kemakmuran. Dengan peningkatan KDNK, lebih banyak peluang pekerjaan akan dihasilkan, kenaikan pendapatan isi rumah dan rakyat mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan.
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Unit Perancang Ekonomi

UNTUK SIARAN SEGERA, KENYATAAN AKHBAR, 7 FEBRUARI 2018, 1

UNTUK SIARAN SEGERA
KENYATAAN AKHBAR
7 FEBRUARI 2018
1. Saya merujuk kepada laporan berita oleh beberapa saluran media berkaitan dengan ulasan yang dibuat oleh Pengarah Urusan rantaian runcit Mydin bahawa walaupun pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh, rakyat Malaysia tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan.
2. Menurut beliau, ini dibuktikan dengan penurunan jualan pasar raya besar yang berterusan.
3. Berdasarkan data yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bahagian jualan pasar raya besar kepada jualan runcit hanyalah 8%.
4. Dengan itu, jualan pasar raya besar tidak dapat dilihat sebagai satu-satunya penanda aras prestasi jualan runcit dan kepada keadaan ekonomi Malaysia dan rakyatnya.
5. Walaupun begitu, perdagangan runcit di Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh baik dari segi nilai dan jumlah. Dari segi nilai, perdagangan runcit mencatatkan pertumbuhan dua angka selama tiga suku berturut-turut pada 2017 dan dari segi jumlah, perdagangan runcit masing-masing meningkat sebanyak 7.8%, 11.5% dan 10.4% pada suku pertama, kedua dan ketiga untuk tahun 2017.
6. Perdagangan runcit dalam 11 bulan pertama tahun 2017 meningkat kepada RM410.5 bilion daripada RM367.7 bilion dalam tempoh yang sama untuk tahun 2016, iaitu pertumbuhan sebanyak 11.6%.
7. Bilangan kedai-kedai tanpa pengkhususan termasuklah pasar raya besar, meningkat daripada 66,920 buah (2016) kepada 73,848 buah (2017). Ini sahaja boleh menjadi salah satu sebab mengapa sesetengah pasar raya besar mengalami jualan yang perlahan kerana pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk membeli-belah.
8. Berdasarkan Banci Ekonomi 2016 yang diterbitkan oleh DOSM, urus niaga perniagaan ke pengguna (B2C) e-Niaga dinilai pada RM73.7 bilion dan berkembang setiap tahun. Semakin ramai orang membeli produk termasuk barangan runcit asas di rumah mereka sendiri kerana membeli-belah menjadi lebih mudah untuk mereka melalui internet.
9. Beberapa pasar raya besar di Malaysia telah mula menawarkan pembelian barangan runcit dalam talian dan penghantaran kepada pelanggan mereka. Mereka yang masih belum menceburi “trend” ini akan kerugian keuntungan yang boleh didapati melalui senario membeli-belah dalam talian yang sedang berkembang maju.
10. Angka-angka lain menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara umumnya mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan.
11. Sebagai contoh, perbelanjaan pelancong domestik meningkat sebanyak 10.2% pada 2016 untuk mencatatkan RM74.8 bilion berbanding RM67.7 bilion pada tahun 2015. Membeli-belah terus menjadi komponen terbesar dalam perbelanjaan pelancong domestik dengan bahagiannya sebanyak 35.3%.
12. Pelancong Malaysia membelanjakan RM33.5 bilion ke luar negara pada tahun 2016, satu peningkatan daripada RM31.1 bilion pada tahun 2015 walaupun nilai Ringgit menyusut pada tempoh tersebut.
13. Semua angka ini sejajar dengan peningkatan pendapatan isi rumah bulanan median sebanyak 6.2% setahun dari RM4,585 pada 2014 kepada RM5,228 pada 2016 dan perbelanjaan isi rumah bulanan purata meningkat 5.9% setahun dari RM3,578 pada tahun 2014 kepada RM4,033 pada 2016 seperti yang dilaporkan dalam Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah oleh DOSM.
14. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh jelas telah memberi manfaat kepada rakyat dari segi kenaikan pendapatan dan kuasa membeli yang seterusnya meningkatkan penggunaan swasta.
15. Penggunaan swasta terus menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia dengan bahagian sumbangannya kepada KDNK negara berjumlah 53.2% atau RM589.7 bilion.
16. Prestasi dan keadaan ekonomi sesebuah negara dan rakyatnya tidak boleh diukur hanya dengan satu subsektor seperti industri pasar raya besar sahaja.
17. Walaupun KDNK mempunyai hadnya sendiri dan mungkin bukan petunjuk sempurna kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat, tetapi ia seolah-olah berkait rapat dengan ukuran kualitatif yang lebih meluas iaitu kemakmuran. Apabila KDNK berkembang, lebih banyak pekerjaan dicipta, pendapatan isi rumah meningkat dan orang ramai mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan.
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Unit Perancang Ekonomi
-Tamat-

*_Saya tidak tahu siapa penulisnya

*_Saya tidak tahu siapa penulisnya…..tp ini bagus untuk kita renungkan_* ?
SUAMI isteri yang kaya raya……..ketika masuk rumah dan mereka melihat ruang makan yang kotor…..dan tercium bau tidak sedap…. “busuk”.
Sementara di sudut meja makan terlihat….sosok tubuh seorang ibu tua sedang berusaha keras untuk menyapu.
Isteri :
DIA bersuara keras membentak ibu tua itu !!!
Ini pasti kerja mak, kan……?
mak selerakkan lantai kan……..?
tengok tu, meja kotor….. makanan bersepah dimana-mana….. lantai juga… aduuuuuh (marah dan geram)….. mak…mak !! Ini rumah bukan gudang.! mak !!
Suami :
Sudahlah Sal…. jangan bentak mak seperti itu, kasihan…..makkan sudah tua.
Isteri:
Tidak boleh berterusan begini..Kalau tiba² ada tetamu yg datang…. apa jadi ???? malu kita… esok kita bawa emak ke rumah orang-orang tua…..Saya akan bawa !
Suami :
Jangan Sal….! Itu kan emakmu….takkanlah’ dibawa ke rumah orang-orang tua ……
Setelah ibu tua itu dibawa ke rumah orang-orang tua si isteri terus mengemaskan bilik emaknya……..
Dibawah katil ditemuinya sebuah buku lusuh dengan kertas yang agak kuning kusam.
Dia tertarik kerana…. ada gambar dirinya sejak kecil dan remaja, di muka hadapan tertera tajuk buku :
*”PUTERIKU buah HATIKU”*
Isteri :
Terduduk lesu setelah membaca tulisan emaknya itu.
Diawali dengan hari dan tarikh lahirnya.
” Aku melahirkan puteriku….biar terasa sakit dan mandi darah….aku bangga dapat melahirkan anakku ini”
” Ya…..aku bangga berupaya berjuang tanpa suami yang telah pergi mendahuluiku menemui sang pencipta.”
” Aku rawat dia dengan cinta….aku besarkan dia dengan sepenuh kasih….aku sekolahkan dia dengan airmata….aku besarkan dia dengan titisan peluh.”
” Kuingat…..ketika kubawa dia ke klinik untuk suntikan imunisasi…..di dalam bas….dia menangis lalu kubuka butang bajuku dan kususui dia….aku tidak merasa malu….bahkan tiba-tiba dia kencing sehingga basah pakaianku…..tetapi biarlah.”
” Tiba² dia batuk kecil…. muntah…..”
” Hari itu terasa indah bagiku….biarpun aku dibasahi kencing dan muntahnya….namun, aku tetap tersenyum….. bangga sekali.”
” Kejadian itu berulang-ulang beberapa kali. “
” Aku tidak peduli apa kata orang di dalam bas…. asalkan puteriku dapat membesar sihat….Itu yang utama bagiku.”
Isteri :
Sambil membaca….. airmatanya mulai menitis jatuh berderai….hati terasa pedih….dada menjadi sesak.
Tiba² dia berteriak keras….meraung semahu-mahunya “makkk…….makkk..”!! Sambil berdiri setengah berlari ke garaj.
Suami :
Suaminya terkejut
melihat perangai isterinya dan bertanya :
” Keeeenapa Sal, ada apa ?????”
Teresak-esak dia menjawab : ” Aku mesti bawa pulang emakku”.
Tiba-tiba telefon berdering….dijawab suaminya lalu……..
” Mohon tuan dan isteri segera datang ke rumah orang-orang tua sekarang……cepat !!!”
Mereka tergesa-gesa ke sana….ketika masuk, nampak tubuh ibu tua yang sudah lemah, sedang diperiksa doktor.
Isteri :
si isteri berteriak histeria sambil menangis berderai air mata ” makkk……..”!! emaknya lemah tanpa bersuara dan berusaha memeluk kepala anaknya seraya berbisik perlahan sambil bercucuran air matanya…..
” Anakku…mak bangga mempunyaimu…. seluruh cinta kasih hanya buat dirimu nak… Maafkan mak… maaakkk saaayyyaaaang padamu (sambil memejamkan mata)”
Sang ibupun menghembuskan nafas terakhir … meninggal dengan tenang.
Anaknya meraung-raung keras sekali….menangis dan menyesal !!!!!
” Makkk….makkk…. ampunkan Sal …… Sal durhaka pada mak.. ampun…ampunkan Sal makkk … makkk…jangan tinggalkan Sal makk. “
” Anak macam apa aku ini….anak macam apa…….ampunkan Sal….makkkk “
SUADARAKU….SAHABATKU….masih KAH ada ibu dan ayah disisimu ?
KALAU orang tua masih ada santunilah mereka dengan sepenuh hati…..
Nilai apakah yang tersirat daripada kisah ini ?
Ingatlah Saudaraku :
* kegeraman menghantar kita “memeluk dosa”
* tindakan bodoh, membuat kita “merangkul durhaka”
* sikap ego, mendorong kita “memeluk nista”
* sesal yang terlambat, menarik kita “bergelumang keperihan dan dosa”
Berpikirlah Positif, bertindak dengan bijak, berkatalah yang baik….berikan kasih sayang dengan sepenuh jiwa…..dan hiduplah penuh dengan KASIH.
_Semoga hati kita menjadi lembut dalam memberikan bakti kepada org tua….❤._
_Pelajaran yg harus kita ubah, tingkah laku kita, terhadap org tua, terimalah dia seadanya, kerana dialah satu2nya yg dapat memberikan kehidupan kita di dunia ini dan *TIDAK AKAN ADA PENGGANTI SETELAH MEREKA PERGI UNTUK SELAMA-LAMANYA.*
*_Semoga bermanfaat._*

“Encik, saya tak jadi amek takaful yang hari tu

“Encik, saya tak jadi amek takaful yang hari tu. Suami saya tak bagi, dia cakap membazir duit.”
Puan, jika ditakdirkan puan menghidap sebarang penyakit, adakah suami puan telah bersedia untuk mengeluarkan belanja perubatan PULUHAN RIBU RINGGIT demi puan ?
Jika suami puan boleh kata membazir RM150 sebulan untuk takaful puan, agak-agak suami puan sanggup tak ‘bazir’ dan bayar hangus RM 50,000 untuk rawatan hospital puan ?
Tanpa perlindungan takaful, puan bakal menanggung 2 kesakitan:
1. Kesakitan fizikal yang ditanggung puan.
2. Kesakitan kewangan akibat kos rawatan penyakit puan.
Di PruBSN Takaful, kami menyediakan dana dari 1juta-4juta utk tanggung kos rawatan anda.
Mohonlah semasa anda sihat..

nak kongsi cerita ex klien Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan, Hari ni wife pada ex klien call

nak kongsi cerita ex klien Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan
Hari ni wife pada ex klien call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (ex klien) dia.
Rupanya suami dia baru 5 hari meninggal. Accident motor besar. Meninggal kat tempat kejadian cedera tang kepala.
Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone arwah ada dijumpa, tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong arwah accident.
Sebab arwah suami dia meninggal accident, maka polis ambil jenazah hantar ke hospital untuk post mortem.
Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone arwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan-kawan arwah yang dalam contact phone.
Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat ta tahu pincode telefon arwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM arwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jenazah balik ke kampung arwah suami. Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.
Hari ni dah 5 hari arwah meninggal, abg arwah dah mula tanya pasal rumah dan harta peninggalan arwah (Kwsp). Si wife betul-betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik-beradik arwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah.
Berbalik pada punca asal wife arwah call abg, bertitik daripada wifenya jumpa sijil takaful dengan businesscard abg pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil takaful yang dia jumpa.
Pahit untuk diterima, abg terus-terang bagitau yang tak boleh claim apa-apa langsung. Sebab sijil takaful arwah dah hampir setahun lapse. Dan abg masih ingat punca lapse sijil arwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar, maka dia stop bayar sampai la jadi lapse. Abg ada remind arwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse, tapi dia bagi abg bluetick aja.
Seperti yang abg jangkakan, wife arwah macam tak dapat terima jawapan abg. Sampaikan dia cakap
“kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar.”
Lepas abg cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Abg bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia
1. Pergi kwsp buat tuntutan kwsp arwah
2. Call socso semak apa yang boleh tuntut
3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank
Dan abg dengar jawapan yang tak berapa best…
“Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la…”
Abg betul-betul tak tau nak cakap ape dah lagi. Rupanya wife arwah tak bekerja, semua urusan selama ni arwah suami dia yang buat.
Hampir 15 minit cakap, call ditamatkan dengan si wife seperti pasrah dengan musibah yang menimpa.
Abg nak pesan kat korang
1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila. Datangnya mengejut.
2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga terdekat.
3. Ahli keluarga perlu tahu kat mana simpanan dokumen2 penting kita.
4. Kalau ada buat takaful, bagitau ahli keluarga.
5. Kalau dah stop takaful, pun perlu bagitau ahli keluarga.
6. Ada masalah bayaran takaful, bagitau agent, lau tinggalkan bluetick aja tak selesai masalah.
7. Para isteri perlu sedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contoh driving.
Mati datang bila-bila.
Apa persediaan kita?