EDARAN SEGERA KENYATAAN AKHBAR, 7 Februari 2018, 1

EDARAN SEGERA KENYATAAN AKHBAR
7 Februari 2018
1. Saya merujuk kepada laporan oleh beberapa media berkenaan ulasan yang telah dibuat oleh Pengarah Pengurusan rangkaian pasaraya Mydin dengan menyatakan walaupun ekonomi Malaysia berkembang dengan kukuh tetapi rakyat Malaysia tiada wang untuk dibelanjakan.
2. Menurut beliau, keadaan ditunjukkan dengan pengucupan di dalam jualan di pasaraya besar.
3. Berdasarkan kepada data yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bahagian jualan runcit oleh pasaraya besar hanyalah 8%.
4. Oleh itu, jualan di pasaraya besar tidak boleh dilihat sebagai penanda aras prestasi jualan runcit dan seterusnya memaparkan keadaan ekonomi Malaysia dan rakyatnya.
5. Walaupun begitu, perdagangan runcit di Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh kedua-duanya dari segi nilai dan bilangan. Dari segi nilai, perdagangan runcit merekodkan pertumbuhan dua angka untuk tiga suku berturut-turut pada 2017 manakala dari segi jumlah, ia meningkat masing-masing kepada 7.8%, 11.5% dan 10.4% bagi suku pertama, kedua dan ketiga 2017.
6. Perdagangan runcit untuk 11 bulan pertama di tahun 2017 meningkat kepada RM410.5 bilion berbanding sebelumnya iaitu RM367.7 bilion untuk tempoh yang sama pada tahun 2016, iaitu pertumbuhan sebanyak 11.6%.
7. Bilangan kedai yang tidak khusus termasuk juga pasaraya besar meningkat dari 66,920 pada tahun 2016 kepada 73,848 pada tahun 2017. Ini mungkin menjadi alasan mengapa sesetengah premis berkenaan mengalami kemerosotan jualan kerana pelanggan kini mempunyai banyak pilihan untuk membeli-belah.
8. Berdasarkan kepada Bancian Ekonomi 2016 yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, transaksi e-dagang melibatkan perniagaan ke pengguna (B2C) berjumlah RM73.7 bilion dan berkembang setiap tahun. Lebih ramai orang kini membeli barangan termasuk keperluan asas harian tanpa perlu keluar dari rumah kerana pembelian ini boleh dilakukan mereka dengan begitu mudah dan senang melalui internet.
9. Beberapa pasaraya besar di Malaysia kini telah menawarkan perkhidmatan pembelian barangan keperluan asas harian melalui dalam talian. Bagi mereka yang masih tidak menceburi dengan perkembangan terkini akan terpinggir dari menjana potensi keuntungan yang sedang berkembang pesat melalui dalam talian ini.
10. Perangkaan lain juga menunjukan rakyat Malaysia secara umumnya mempunyai wang untuk dibelanjakan.
11. Sebagai contohnya, perbelanjaan dari pelancongan domestik berkembang sebanyak 10.2% pada tahun 2016 dengan mencatatkan RM74.8 bilion berbanding RM67.7 bilion pada tahun 2015. Membeli belah terus menjadi komponen utama di dalam perbelanjaan pelancongan domestik dengan mencatatkan bahagiannya sebanyak 35.3%.
12. Pelancong dari Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM33.5 bilion di luar negara pada tahun 2016, iaitu peningkatan dari RM31.1 bilion pada tahun 2015 walaupun nilai Ringgit menurun pada masa tersebut.
13. Kesemua perangkaan ini selari dengan kenaikan purata isi rumah bulanan sebanyak 6.2% setahun iaitu dari RM4,585 pada tahun 2014 kepada RM5,228 di tahun 2016 serta juga menaikkan purata perbelanjaan bulanan isi rumah sebanyak 5.9% setahun iaitu dari RM3,578 untuk tahun 2014 kepada RM4,033 dalam tahun 2016 sebagaimana yang dilaporkan oleh Bancian Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah oleh Jabatan Statistik Malaysia.
14. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh jelas telah memberi manfaat kepada rakyat dari segi kenaikan pendapatan dan kuasa membeli yang mana telah melonjak pengunaan swasta.
15. Pengunaan swasta terus menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia dengan mencatatkan sumbangannya kepada KDNK negara berjumlah 53.2% atau RM589.7 bilion.
16. Prestasi ekonomi dan persekitaran negara serta juga rakyatnya tidak boleh diukur dengan hanya satu sub-sektor seperti industri pasaraya besar sahaja.
17. KDNK pun mempunyai keterbatasannya dan mungkin bukannya merupakan penanda aras yang sempurna kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat, namun ianya masih lagi menjadi penghubung yang agak baik bagi mengukur kualitatif kemakmuran. Dengan peningkatan KDNK, lebih banyak peluang pekerjaan akan dihasilkan, kenaikan pendapatan isi rumah dan rakyat mempunyai lebih banyak wang untuk dibelanjakan.
Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Unit Perancang Ekonomi


Facebook: https://www.facebook.com/zack.abdullah

2 Replies to “EDARAN SEGERA KENYATAAN AKHBAR, 7 Februari 2018, 1”

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *