MANA PILIHAN KAMU ? DIJAJAH KAH ATAU DI MERDEKA KAN ? FIKIR

MANA PILIHAN KAMU ? DIJAJAH KAH ATAU DI MERDEKA KAN ? FIKIR..
Apabila sasaran 300K signature tercapai, PBB akan mula melakukan proses ke arah referendum.
Pihak Malaya akan tertekan, lantas mereka akan berusaha keras untuk mengelakkan berlakunya referandum atau berusaha keras untuk memenangi NO untuk pemisahan. Oleh itu, Malaya akan menawarkan setinggi-tingginya apa yang dituntut oleh Sabahan dan Sarawakian, terutama sekali pada janji-janji berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia.
Maknanya, sebelum pun berlaku referendum, Sabahan dan Sarawakian sudah mulai menikmati kemenangan.
Andaikan Sabahan dan Sarawakian berdegil juga dan mahukan pemisahan dan YES untuk pemisahan terjadi, Malaya tiada pilihan lain dan terpaksa juga melepaskan Negara Sabah dan Negara Sarawak daripada cengkaman penjajahan mereka.
Maka bermulalah episod Sabah dan Sarawak sebagai negara-negara yang Merdeka dan Berdaulat di Asia Tenggara dan Dunia. Sebaik sahaja YES menang, tempoh peralihan kuasa akan berlaku, yang biasanya ditetapkan selama dua tahun, akan dikuatkuasakan oleh PBB. Tentera pengaman PBB segera masuk, dan tentera Malaya “mungkin” akan dipaksa kekal di Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk tempoh dua tahun lagi, sebagai tanggungjawab terhadap bekas tanah jajahan.
Dalam tempoh dua tahun itu, 600 ribu Sabahan dan Sarawakian di Malaya akan pulang ke Negara Sabah dan Negara Sarawak ataupun mungkin separuh mahu mengekalkan kewarganegaraan mereka sebagai bangsa “malaysia”.
200 ribu daripadanya boleh berkhidmat sebagai tentera Negara Sabah dan tentera Negara Sarawak, 150 ribu sebagai anggota Polis dan selebihnya boleh diserap dalam perkhidmatan awam yang lain.
Bank Negara Sabah dan Bank Negara Sarawak, matawang Sabah dan Sarawak, sistem politik, perlembagaan baru, dan semua yang serba baru digubal oleh sebuah suruhanjaya dengan pemantauan ketat oleh pihak PBB. Sebuah kerajaan sementara untuk tempoh peralihan itu dibentuk. Kerajaan sementara ini adalah terdiri daripada pelbagai etnik dan agama di Negara Sabah dan Negara Sarawak, yang memang terkenal dengan sifat saling menerima, memahami, bertoleransi dan tidak ekstrem.
Sebuah pilihan raya bakal diadakan untuk membentuk Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak, kemudiannya dilakukan sebelum mandat tempoh peralihan itu selesai.
Ketika tempoh peralihan tamat, Sabah dan Sarawak pada waktu itu akan muncul sebagai anggota baru di PBB, menjadi saingan Malaysia (malaya) dalam sukan SEA, Asia dan Olimpik. Semua hasil kita, kini diurus sendiri. Pemimpin Malaya terpaksa hormat pada pemimpin kita yang kini sudah setaraf. Kabotaj sudah tiada, semua jawatan awam milik Sabahan dan Sarawakian sepenuhnya.
FELDA, FELCRA, dan syarikat-syarikat sawit Malaya yang ada di Negara Sabah dan Negara Sarawak kini bertaraf pelabur asing dan mungkin pelaburan mereka dikaji sama ada dibenarkan terus melabur atau disebaliknya. Hasil tanah Sabah dan Sarawak kini dinikmati semula oleh semua Sabahan dan Sarawakian.
Petronas mungkin ditamatkan kontrak, Sabah dan Sarawak membuka syarikat minyaknya sendiri, atau buka tender kepada syarikat antarabangsa yang menawarkan pembahagian yang lebih adil kepada Kerajaan Negara Sabah dan Kerajaan Negara Sarawak.
Negara Sabah dan Negara Sarawak akan saling bantu-membantu dalam memperhebatkan Perdagangan dam pembangunan ekonomi. Hubungan diplomatik diantara kedua-dua negara diperhebatkan dan jalinan Ketenteraan dilakukan agar saling melindungi antara satu sama yang lain.
Maka Sabah for Sabahans dan Sarawak for Sarawakians pun muncul lah dipentas dunia. Kita menjalin hubungan diplomatik diseluruh dunia. Bayangkan peluang yang kita mampu nikmati masa tu. Bayangkan dan bandingkan dengan keadaan seperti yang ada sekarang.


Facebook: https://www.facebook.com/frederick.jinus

30 Replies to “MANA PILIHAN KAMU ? DIJAJAH KAH ATAU DI MERDEKA KAN ? FIKIR”

  1. Apa cerita tentang pati yang memegang projek ic c madir???Masi kekal jadi rakyar Sabah kah??Harap2lah semua akan dihantar pulang kenegara masing2….

  2. Motub kotub ginawo sia tuan…biar setinggi mana sekali pun tawaran malaya pada kita jangan dilayan langsung….kami rakyat sabah dan sarawak sudah muak dengan malaya yg penuh dengan putar belit….walaupun kami mungkin x sempat lagi mengecapi kemerdekaan dan kebebasan yg kami perjuangkan bersama…namun kami berasa bangga melakukan ini untuk jenerasi sabahan n sarawakian yg akan datang….JTF…teruskan usaha….

  3. Boleh capai sasaran 300K juga kah? Sy baru jua kali ni tau proses ke arah referendum. Mungkin byk juga tdk tau mcm sy. Bila ckp pasal SSKM memang org kaitkan dgn soal security. Mesti mo info yg terang baru org faham.

  4. Sudah sampai 300k malahan melebihi 90k hanya tinggal ketik di hujung lidah atau hujung jari maknya kita mula menikmati kemerdekaan rakyat Sabah..amin

  5. Kamu masih ingat kah kenapa DDJK kena ISA time Mahathir pm..nah ini lah info Dari STAR..perjuangannya sama dgn sskm..so kenapa kamu masih ragu2 sokong parti gs(star) dan sskm

  6. Huh!! Ko berckp dgn sy atau lain org? Sebab kalau sy, mcmana ko conclude sy ragu2 undi STAR. Dari dulu memang sy pengundi DDJK utk ADUN. Reason mo mengharap kepintaran DDJK menyelamat the poorest in Sabah.

  7. Ini sangat betul.ceritakan kebaikkan apa bila sign 300k sdh berjaya di pungut.agar org fham dan tdak takut.sya harap tuan selalu post kebaiķannya.

  8. Terbaik!, mari kta terus berusaha keras secara sukarela, utk mencapai matlamat kita ini, usaha kta ini la jga yang akan membetuk ke arah kebaikan dan kemajuan kita smua sabahan dan serawakian, terus BERUSAHA CAPAI PETITION TO 300K.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *