1

1. KJ – Budak tingkat 4 skandal, kes kapal kena tangkap minta tolong yahudi, scomi.
2. Zahid – isu permit bangla
3. KuLi – kes BMF/Jalil Ibrahim, Menteri Kewangan paling kaya, Tenggolok Salib.
Sekarang pilih ketua anda.
Sekian.
P/s: jgn pula ketua kena attack, ahli dok jadi mcm tunggul. Bila kalah, nak asyik tukar ketua baru.

Aku tak pahamlah org2 dok ulang ckp MK bengong yg ckp 1MDB sudah bangkrap takda duit, mcmana nak bayar hutang

Aku tak pahamlah org2 dok ulang ckp MK bengong yg ckp 1MDB sudah bangkrap takda duit, mcmana nak bayar hutang.
1. Hanya mahkamah sahaja boleh istiharkan bangkrap, bukan MK.
2. Yg dah istiharkan bangkrap (Tek Peik Khiing) pun diberikan kebenaran utk membangunkan Langkawi sebanyak RM30b sebelum kes jadi heboh.
3. 1MDB ada aset, PAC yg suruh 1MDB serah semua baki aset kepada MOF supaya wang hutang itu akan dibayar terus kepada pemiutang. Ini adalah cadangan PAC utk mengelak berlaku perkara2 yg boleh menimbulkan dakwaan penyelewengan pembayaran berlaku.
4. No 3 ini seumpama anda ada rumah tapi tak mampu bayar. Anda suruh ibu bapa anda sambung bayar. Nama dlm geran rumah itu tukar pergi nama ibu bapa anda. Ini tidak apa, kerana ibu bapa anda adalah kaum keluarga anda, pendapatan seumpama keluar kocek kanan, masuk kocek sendiri. 1MDB adalah syarikat yg diperbadankan oleh Kerajaan Malaysia.
5. Tidak seperti syarikat2 bail out seperti MISC, yg bina LRT Star dan Putra dan highway PLUS. Itu semua syarikat private. Apabila syarikat2 tersebut sudah tiada mampu menbiayai kos pembinaan/operasi, kerajaan yg ambilalih segala asset mereka dan bayar kepasa mereka termasuk hutang2 mereka. Itu masuk kocek masing2 wang kerajaan atau dengan nama lain WANG RAKYAT.
Jadi tak paham aku bila asyik ulang2 ckp Najib tipu pasal 1MDB. Najib bagi pihak yg bertanggungjawab jalankan siasatan dan ambil tindakan.
Bukan mcm PM baru ni. PM baru ini dialah polis, pendakwaraya dan hakim. Hukuman telah pun dijatuhkan sebelum pendakwaan dan perbicaraan bermula.

Hadit sahih Rasulullah SAW bersabda:, “Dahulu di kalangan Bani Israil ada dua orang lelaki, seorang rajin beribadah manakala seorang lagi…

Hadit sahih Rasulullah SAW bersabda:
“Dahulu di kalangan Bani Israil ada dua orang lelaki, seorang rajin beribadah manakala seorang lagi menzalimi diri sendiri (suka berbuat dosa). Kedua-duanya bersaudara. Yang rajin beribadah selalu melihat saudaranya melakukan dosa, maka dia pun berkata, “Berhentilah!” Maka yang melakukan dosa berkata, “Tinggalkan aku bersama Tuhanku, adakah engkau diutus untuk mengawasiku?” Sehingga satu hari dia melihat saudaranya melakukan dosa besar maka dia pun berkata, “Celaka engkau, berhentilah!” Saudaranya berkata, “Tinggalkan aku bersama Tuhanku, adakah engkau diutuskan untuk mengawasiku?” Dia pun berkata, “Demi ALLAH, ALLAH tidak akan mengampunimu.” Atau “Demi ALLAH, ALLAH tidak akan memasukkanmu ke dalam Syurga selamanya.”
Maka ALLAH mengutus malaikat kepada keduanya untuk mencabut nyawa mereka. Keduanya pun bertemu pada hari Akhirat. ALLAH berkata kepada lelaki yang berbuat dosa, “Pergilah dan masuklah ke dalam Syurga dengan rahmatKu.” Dan ALLAH berkata kepada yang satu lagi, “Adakah engkau telah mengetahui keputusanKu? Adakah engkau mempunyai kuasa atas apa yang ada di TanganKu? Seretlah dia ke Neraka.” Abu Hurairah berkata, “Demi Allah yang jiwaku di TanganNya, sungguh dia telah mengucapkan satu kalimat yang menghancurkan dunia dan akhiratnya.” (Sahih. Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ada seorang lelaki berkata: “Demi ALLAH, ALLAH tidak akan mengampuni si Fulan!” Maka ALLAH SWT berfirman: “Siapakah yang bersumpah mendahuluiKu bahawa Aku tidak akan mengampuni si Fulan? Sungguh Aku telah mengampuninya dan menghapuskan amalmu!” (Riwayat Muslim)
MACAM MANA YA PAS YANG SUKA MENGKAFIRKAN SESAMA ISLAM YA…?

Flow process beli rumah

Flow process beli rumah.
Panduan untuk pembeli rumah pertama.
Saya banyak encounter pembeli rumah pertama. Rata rata macam susah sikit nak buat decision yela nama pun first time. Semua benda yang kita buat kali pertama akan ada rasa takut sikit. Yela kita tak tahu apa akan jadi. Kalau kita tahu mesti kurang sikit rasa takut tu.
Kalau anda tahu proses jual beli rumah dari A-Z mesti anda rasa tenang sikit.
⭕1 Fasa persediaan diri sendiri sebelum beli rumah
Persediaan ni termasuk :
▫Semak kelayakan loan dengan bank
▫ Sediakan deposit rumah kebiasaanya 15% (10% kepada tuan rumah + 5% untuk urusan lawyer,stamping dan sebagainya.
▫Buat planing tentang rumah yang nak beli tu.
⭕2 Fasa beli rumah
Bila kita dah tahu yang kita dah sedia untuk beli rumah kita boleh mula la shopping rumah. Bila jumpa rumah yang berkenan. Apa yang jadi lepas tu?
▫Booking 3.18% dari harga rumah ke agensi (bukan akaun tuan rumah)
▫Hantar permohonan untuk loan dengan bank
▫Bila loan dah lulus Lawyer akan sediakan Sale and purchase (Snp) agreement
▫Sign SnP dan bayar baki 6.82% kepada lawyer (ada cara tak perlu bayar pun balance ni, ready booking sahaja)

⭕3 Fasa tukar nama
Lepas sign snp owner akan ambil alih untuk urusan tukar nama. Kalau rumah freehold biasa ambil masa 3-6 bulan, kalau leasehold mungkin 6 ke 1 tahun bergantung kepada profil rumah. Apa yang anda boleh buat masa ni ialah bersabar dan boleh follow up dengan agent atau lawyer untuk update semasa. Cukup sebulan sekali untuk update. Urusan tukar nama ni melibatkan ramai pihak bukan lawyer sahaja. Itu yang menyebabkan proses ni ambil masa untuk selesai.
⭕4 Masa untuk dapat kunci
Bila urusan tukar nama dah selesai, bank pun dah disburse jumlah loan anda pada lawyer. Lawyer akan panggil untuk view rumah untuk check defect dan kalau semua okay serahkan kunci pada anda tuan rumah baru untuk unit yang anda baru beli itu.
Post ni saya kongsikan secara general proses beli rumah. Sekarang anda dah tahu flow dia macam mana kan.
Nanti ada masa kita akan pergi satu-satu.
Macam mana nak pastikan loan lepas? Rumah harga berapa yang kita patut beli, nak pastikan proses tukar nama tak lama dan banyak lagi.
Share lah kalau rasa orang lain boleh dapat manfaat dari post ni. 🙂
Klik #AfiqShamPropertyTips for more tips
Or visit Hartanahlokal.com
Thank You Malaysia
Afiq Sham Real Estate Negotiator

Pas di tubuhkan pada tahun 1951 oleh haji ahmad fuad hasan, kenapa pas di tubuhkan? ahmad fuad menubukan pas kerana dia kecawa kerana kalah dalam…

Pas di tubuhkan pada tahun 1951 oleh haji ahmad fuad hasan, kenapa pas di tubuhkan? ahmad fuad menubukan pas kerana dia kecawa kerana kalah dalam pemilihan untuk merebut jawatan yang dipertua agung umno (sekarang presiden) dia hanya mendapat 11 undi dan tunku abdul rahman mendapat 57 undi, ahmad fuad ni asalnya adalah ahli umno dan jawatan dia di peringkat pusat adalah pengerusi biro agama umno tanah melayu. tidak timbul cerita penubuhan pas untuk memperjuangakan islam, ia hanyalah rasa kecewa ahmad fuad
Selepas kalah dan kecewa, ahmad fuad dan berberapa orang pengikutnya telah menubuhkan pas pada tahun 1951, asal nama pas semasa penubuhannya ialah PAN-malayan islamic party, nama orang puteh juga yaa… tahun 1951 tanah melayu masih dijajah oleh british, pihak british melihat penubuhan pas dan UMNO ni boleh memecah belahkan orang melayu….

Seluruh Dunia Tertawakan gelagat mereka: Dari awal Najib dan Jho Low cuba sedaya upaya untuk bersihkan nama mereka dalam skandal/kleptocracy 1MDB

Seluruh Dunia Tertawakan gelagat mereka: Dari awal Najib dan Jho Low cuba sedaya upaya untuk bersihkan nama mereka dalam skandal/kleptocracy 1MDB. Kali ini sekali lagi mereka konon akan membayar IPIC dengan penjualan unit2 Cayman yg tidak bernilai…secara tidak langsung libatkan DoJ US dalam usaha bersihkan nama mereka… tapi Tuhan tidak izinkan, Ianya terbongkar juga akhirnya nanti…

APA PERBEZAAN “FARAID DENGAN HIBAH” SILA BACA DAN FAHAMI BETUL-BETUL, Berikut adalah rumusan ringkas apa yang telah dibincangkan di dalam Seminar…

APA PERBEZAAN “FARAID DENGAN HIBAH” SILA BACA DAN FAHAMI BETUL-BETUL
Berikut adalah rumusan ringkas apa yang telah dibincangkan di dalam Seminar Hibah v Faraid: Biar Tahu Jangan Keliru anjuran HartaGuam dan Fakulti Syariah & Undang-undang USIM semalam.
1. Hukum tentang perlaksanaan dan pembahagian faraid telah jelas dinyatakan di dalam AlQuran. Ia dianggap sebagai Hududullah yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang beriman.
2. Pembahagian faraid terhadap harta pusaka si mati dibuat selepas ditolak kos urusan jenazah, hutang simati, harta sepencarian dan wasiat si mati. Baki daripada harta pusaka si mati barulah dibahagi bahagikan mengikut faraid.
3. Pembahagian sama rata terhadap harta pusaka simati boleh dibuat dengan syarat semua waris perlu tahu bahagian faraid masing- masing terlebih dahulu dan kesemua waris telah bersetuju dan redho pembahagian dibuat secara sama rata.
4. Hukum pembahagian faraid datang dengan tanggungjawab. Bahagian faraid untuk waris lelaki lebih tinggi berbanding dengan waris perempuan kerana waris lelaki bertanggungjawab untuk menjaga waris-waris perempuan dengan harta pusaka yang diterima, sedangkan waris perempuan hanya bertanggungjawab untuk dirinya sendiri sahaja dan harta faraid yang diterima hanyalah lah untuk dirinya sahaja.
5. Sijil faraid diperlukan untuk mengesahkan waris yang sah yang berhak menerima harta pusaka si mati dan untuk mengesahkan bahagian sebenar yang berhak diterima oleh setiap waris. Walau bagaimanapun ada pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia yang tidak mengiktiraf sijil faraid untuk urusan pendaftaran perletakanhak atau turun milik di pejabat tanah.
6. Hibah tidak boleh dilakukan semata-mata bertujuan untuk mengelakkan daripada faraid atau sebagai langkah untuk lari daripada faraid kerana merasakan pembahagian faraid adalah tidak adil. Hibah sepatunya dilakukan atas dasar rasa kasih sayang kepada ahli keluarga ikhlas kerana Allah.
7. Hukum hibah yang dibuat untuk tujuan mengelakkan daripada melaksanakan faraid tetap sah dari segi hukum fekah dengan syarat ianya mematuhi semua rukun dan syarat hibah. Cuma dari segi akhlaq sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah ianya sangat tidak patut dilakukan.
8. Harta yang telah dihibah tidak boleh ditarik balik sekiranya setelah berlakunya penyerahan (qabad), melainkan hibah daripada ibu/bapa kepada anak.
9. Hibah digalakkan dibuat secara bertulis untuk mengelakkan perbalahan di kemudian hari. Dan sebaik-baiknya dapatkan pengesahan hibah daripada Mahkamah Syariah terus untuk mengesahkan hibah tersebut supaya tidak timbul masalah dan perbalahan di kemudian hari terutamanya selepas pemberi hibah meninggal dunia.
10. Hibah hartanah yang tidak didaftarkan pindahmilik, masih dianggap sah asalkan telah berlaku qabad (penyerahan) kepada penerima hibah.
11. Terdapat khilaf dari segi hukum syarak dan juga perlaksaan undang-undang di Malaysia untuk hibah bersyarat atau Hibah hartanah yang masih digadaikan kepada bank. Setakat ini tiada peruntukan undang-undang bertulis yang khusus tentang hibah bersyarat. Undang-undang yang ada hanyalah berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Syariah yang berbeza-beza bergantung kepada fakta seuatu kes dan bergantung kepada sejauh mana pihak peguam dapat berhujah meyakinkan hakim tentang hibah bersyarat tersebut.
12. Walaupuan secara amalannya Mahkamah syariah cenderung merujuk kepada pendapat mazhab Syafie dalam memutuskan sesuatu kes berkenaan faraid atau hibah, tetapi Mahkamah Syariah tidak semestinya terikat untuk menerima pendapat Syafie dalam memutuskan sesuatu kes berkaitan faraid atau hibah.
13. Perunding pusaka/hibah hendaklah diberikan ilmu dan kefahaman sebenar tentang penghayatan dan perlaksanaan sebenar faraid dan hibah supaya tidak mengelirukan masyarakat atau dilihat untuk mempromosi dan menjual produk hibah mereka semata-mata.
15. Tiada peruntukan undang-undang khusus tentang Hibah bersyarat terhadap hartanah tetapi sudah ada peruntukan khusus di dalam undang-undang yang membenarkan hibah bersyarat pada manfaat takaful.
Moga sedikit perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan pemahaman sebenar kepada masyarakat tentang perlaksaan faraid dan hibah di Malaysia.
Kesimpulannya, hibah bukanlah cara untuk mengenepikan faraid tetapi hibah sewajarnya menjadi pelengkap kepada faraid itu sendiri.
Wallahuaklam. Terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
* Sila SHARE dan SEBARKAN demi kefahaman dan manfaat orang ramai.

Topik yang selalu jadi trend dekat Malaysia ni dan semua orang ambil tahu, nak hantar surat terbuka banyaknya ” artist centered” , artis kahwin,…

Topik yang selalu jadi trend dekat Malaysia ni dan semua orang ambil tahu, nak hantar surat terbuka banyaknya ” artist centered”
artis kahwin, artis bercerai, artis buat benda pelik pelik.
kalau tak artis yang selalu dapat perhatian manusia manusia yang unik yang fikir luar dari kotak.
Kalau tahun lepas pulak trend dia perempuan Korea atau Cina yang cantik jadi muslimah, macam Felixia Yeap habis dapat perhatian satu Malaysia. Lepas tu Jubah haha
Nak salahkan masyarakat pun entahla.Rasa maca ada satu group yang set the trend. Feed people untuk fokus tentang isu apa pada satu masa.
Afiq Sham is curious.

“Frust la dah submit booking tapi loan tak lepas pulak ? ” – Cik Pia , Alhamdulillah 2 minggu ni ada 2 loan client approved

“Frust la dah submit booking tapi loan tak lepas pulak ? ” – Cik Pia
Alhamdulillah 2 minggu ni ada 2 loan client approved.
Saya banyak bantu pembeli rumah pertama. Biasa pasal loan ni semua tak yakin sikit.
Jadi semua client biasa saya akan check kelayakan loan dulu baru cerita pasal rumah.
Ada yang nak saya tolong check kelayakan loan rumah boleh bagitau.
Kalau ada yang baru nak plan pasal kewangan, baru ada terniat nak beli pun boleh.
Boleh usha usha jugak website ni Hartanahlokal.com mana tau ada informasi yang relevan dengan hampa.