Ingatkan lepas balik dari bercuti, life akan sedikit senggang, sebab dah banyak clearkan job sebelum cuti

Ingatkan lepas balik dari bercuti, life akan sedikit senggang, sebab dah banyak clearkan job sebelum cuti.
Rupanya sangkaan ku meleset belaka. Kerja masih banyak yang nak disetelkan. Semalam nya schedule lari gara gara keja banyak.
Sepatutnya semalam pos sepuluh botol MMG kat ejen Radzi Mohd, tapi pagi ni baru sempat jengah pejabat pos.
Tadi pun pi jumpa ejen Atie Danish Ikhwan pass sepuluh botol losyen urut water-based MMG. Stock dia yilek.
Alhamdulilah, atas rezeki yang tak pernah putus. Boleh lah belanja kepci kat anak anak.
?

Resdung ni ada banyak jenis, yang pastinya resdung memang sesuatu yang tidak menyelesakan

Resdung ni ada banyak jenis, yang pastinya resdung memang sesuatu yang tidak menyelesakan.
Salah satu tip yang dicadangkan dalam post yang Kak Mah share ni adalah dengan menggunakan daun lidah buaya atau aloevera.
Emm kalau rasa susah naw nak cari daun lidah buaya atau susah naw nak telan gel daun lidah buaya tu, ha ambik je losyen urut water-based MMG.
Dengan kandungan utama daun lidah buaya, mudah je tau, oles je MMG kat t-zone, kat batang hidung, sambil gosok gosok manja gitu, pasti tidak mengecewakan.

Rafizi – undisputed master of the pointless exposes

Rafizi – undisputed master of the pointless exposes.
Rafizi Ramli has just been sentenced to 30 months jail for breaching the BAFIA act by showing bank account statements of the NFC company in the year 2011.
Along with his 18 month OSA conviction which was upheld by the appeals court in the middle of last year, is seems very unlikely that Rafizi can contest in GE14.
He will need to overturn both the OSA and BAFIA convictions in court over the next few months but time is not on his side.
This BAFIA act is very clear. All banking information is private and should not be revealed to anyone else.
And what did Rafizi do? He held a press conference to show NFC’s account statements in public to allege that NFC had misused the RM250mil soft loan (yes, it is a loan – not a payment by govt like the Penang Tunnel’s RM305mil overpriced reports) to buy condominiums.
This turned out to be a fake accusation as Rafizi lost a subsequent defamation suit from NFC and had to pay RM300,000 damages to NFC.
Rafizi wasn’t even the first person to “expose” this NFC company’s troubles.
It was the govt itself that “exposed” NFC.
The 2010 Auditor-General’s Report saying that NFC had failed to comply with the objectives of its formation after a soft loan of RM250 million was given by the govt.
Therefore, Rafizi’s “expose” of NFC using NFC’s bank account statements to falsely allege NFC had used the govt loan to buy condominiums is a pointless exervise to hog the headlines then.
Not only was he sued for defamation by NFC and having to pay RM300,000 in damages,Rafizi is now looking at 30 months jail.
The OSA’s case where Rafizi had shown one page (yes, just one page) of the OSA-classified audit report on 1MDB was even more pointless!
In March 2016, YB Rafizi used the OSA document to support his two allegations – that 1MDB has business links with Lembaga Tentera Angkataan Tentera (LTAT) and this has led to some 110 armed forces veterans not being paid their gratuity on time.
The fact that 1MDB had business links with LTAT is public information since 2013 when a public statement was made by 1MDB that it had awarded LTAT a RM2.1 billion contract for their part to construct 8 military bases across the country and for costs to move the Sungai Besi airbase to the new 750 acres replacement air base in Sendayan.
LTAT, which also owns Affin Bank, had subsequently clarified that there is no truth to YB Rafizi’s allegations. LTAT also clarified that 70 out of the 110 veterans were already paid while the remainder encountered problems due to incomplete information given by the veterans.
Not only were Rafizi’s allegations baseless, but it was completely pointless too.
For his eagerness to play hero and grab the headlines, Rafizi was sentenced to 18 months jail.
On top of that, he is also being sued by LTAT for defamation – a trial that is still on-going.
Rafizi has now lost so many court cases in a row that it is no longer funny. And he still has many more defamation cases still in court.
His desire to play hero and be relevant in Malaysian politics has now bitten him back in the ass.
He is now paying for his own stupidity over the years and deserves no sympathy..
LSS.

Memahami isu 1MDB, KERJA-KERJA pembangunan yang sedang dijalankan di tapak projek Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur ini merupakan salah satu…

Memahami isu 1MDB
KERJA-KERJA pembangunan yang sedang dijalankan di tapak projek Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur ini merupakan salah satu projek utama 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam beberapa entri di dalam blognya telah menimbulkan persoalan dan kritikan terhadap dasar-dasar yang dijalankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya mengenai 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Menurut beliau, 1MDB sebagai syarikat dengan modal RM1 juta tidak boleh meminjam sehingga 42,000 kali nilai modalnya tanpa sandaran dan hanya boleh berbuat demikian dengan jaminan kerajaan. Kenyataan itu seolah-olah semua hutang 1MDB dijamin kerajaan dan jika 1MDB rugi, kerajaan akan menanggung akibatnya.
Sebenarnya hanya RM 5.8 bilion hutang 1MDB yang dijamin kerajaan. Baki hutang lain dijamin oleh 1MDB, disandarkan kepada aset atau dijamin oleh rakan kongsi, ia­itu, International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC), sebuah syarikat pelaburan kerajaan Abu Dhabi.
1MDB adalah syarikat dengan liabiliti terhad dan kerugian syarikat tidak ditanggung oleh kerajaan me­lainkan bon yang dijamin kerajaan.
Satu lagi perkara yang perlu dijelaskan adalah dakwaan 1MDB gagal membayar hutang sebanyak RM5.5 bilion yang dipinjamkan oleh lima buah bank, iaitu Maybank (58.9 %), RHB (32.4 %), Alliance Investment Bank Bhd (4.06%), Malaysia Building Society Bhd (3.24%) dan Hwang DBS Investment Bhd (1.29%).
Ada yang cuba menyamakan kegagalan ini dengan kegagalan Renong-UEM dan kegagalan sistemik sistem kewangan dan perbankan negara walaupun agensi penarafan Moody menafikan hutang 1MDB akan mengakibatkan kegagalan sistemik.
Hakikatnya, 1MDB telah membayar secara penuh hutang sebanyak RM2 bilion kepada Maybank dan RHB pada 13 Februari 2015, lebih awal dari tempoh berakhir pinjaman mengikut syarat yang ditetapkan dan baki sebanyak RM3.5 bilion telah ditukar kepada hutang jangka panjang berakhir pada Ogos 2024.
Mengenai isu komisen Goldman Sachs dan kadar faedah bon yang tinggi, 1MDB telah menjelaskan tentang perkara ini dan sejumlah perkara lain dalam soal jawab (FAQ) 1MDB di laman web 1MDB.
Kita tidak harus terlepas pandang beberapa perkara mengenai aset dan pelaburan 1MDB dalam industri tenaga, antaranya:-
i. Pemilikan 15 loji kuasa dan desalinasi di enam buah negara, Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW
ii. Pembinaan 3 lagi loji kuasa baru, iaitu Jimah East Power di Port Dickson, loji kuasa Gas di Melaka dan loji solar di Kedah
iii. Pembelian 310 ekar tanah di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga
Perlu difahami nilai aset dan pelaburan 1MDB dalam bidang hartanah, misalnya:
i. Pembangunan 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion dan dijangka dapat menarik lebih 250 syarikat global, mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung
ii. Pembangunan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion yang dihubungi laluan keretapi berkelajuan tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur, salah satu stesennya dari TRX serta dapat menjadi pemangkin pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.
iii. Pembinaan lapan kemudahan ketenteraan baharu untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bernilai RM2.7 bilion termasuk dua lapangan terbang udara baharu, iaitu 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.
iv. Pembelian tanah dan pembinaan 30,000 rumah kos rendah dan mampu milik khususnya di Pulau Pinang (9,999 unit) dan di Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia)
Dalam hal ini, Petrosaudi telah menyatakan bahawa pelaburan ini telah dipulangkan bersama keuntungan dan ia tercatat dalam akaun beraudit.
1MDB juga telah menyatakan pelaburan dalam syarikat usahasama dengan Petrosaudi ini telah ditukarkan ke dalam bentuk nota Murabaha dan dibayar sepenuhnya pada jumlah AS$2.318 bilion de­ngan keuntungan sebanyak AS$488 juta pada 2013.
Perlu diberi penekanan, walaupun fundamental atau asas ekonomi negara adalah kukuh dan keyakinan terhadap ekonomi negara sangat tinggi (terbukti apabila Sukuk Global Malaysia yang diterbitkan terlebih langganan sehingga RM32.8 bilion), namun ini masih boleh dirosakkan oleh khabar angin dan persepsi yang negatif terhadap negara.

‼️PICTURE IS WORTH A THOUSAND WORDS‼️, Company dah ada medical benefit, perlu tak ambil takaful?, Aku ceritakan pengalaman aku sendiri utk…

‼️PICTURE IS WORTH A THOUSAND WORDS‼️
Company dah ada medical benefit, perlu tak ambil takaful?
Aku ceritakan pengalaman aku sendiri utk aku kongsikan. Aku didiagnosekan dengan ‘Acoustic Neuroma’ bulan September 2017 lalu dan aku bekerja dengan company XXX yang menawarkan medical benefit RM40,000 .
Aku ulang RM40,000 setahun untuk medical. Antara yang tertinggi medical cover by company yang aku tahu selain Petronas, TM dan beberapa buah company besar lain. Terasa sangat beruntung.
Tapi..
Setelah kaji selidik rupanya medical benefit company XXX tersebut adalah secara ‘PAY AND CLAIM’ basis. Sumpah aku rasa sangat bersyukur sebab dah ada plan takaful selama 2 tahun walaupun aku dipaksa utk ambil dulu dengan abg aku. Bayangkan kalau aku takdak? Apa pilihan yang aku ada dengan sakit yang aku tanggung dan memerlukan rawatan secepat mungkin?
Believe me you dont want to be in my shoes ?. Alhamdulillah up until now cost medical yang DITANGGUNG SEPENUHNYA oleh PrudentialBSN Takaful utk sakit aku ni dah pun mencecah almost RM50k and still counting ?
Guys, to have your own medical fund through medical card sekarang hanyalah RM3 sehari. RM90-100 sebulan sahaja!
Please !
Please !
Get your own coverage now, go ask your preferred planner.
#sharing

Keja memang tak pernah habis

Keja memang tak pernah habis. Plan nak masuk ofis jap malam ni. Nak komen agreement, pastu nak email kat lawyer pembeli.
Ni lah kekdahnya bila kerja banyak pastu nak cuti je kejanya.
Hujan pulak turun tak berhenti malam ni, mood yang tadi membara nak siapkan keja, padam bagai api disiram air.
Tarik selimut tido dulu lah jawabnya. Esok pikir plan B pulak nak siapkan kerja sebelum balik kampung.
Apapun hari ni dua puluh tujuh botol MMG keluar dari rumah, pergi tak kembali. Lima ke Bangsar, dua puluh dua ke USJ.
Terima kasih encik suami Azizi Zahari tolong hantarkan losyen urut waterbased ke USJ beserta ole ole dari Langkawi kat ejen Mariyam Mansor dan dropship Nor Azizah Azie tadi.

BACA INI SEBELUM MAHU UNDI JATUHKAN KERAJAAN

BACA INI SEBELUM MAHU UNDI JATUHKAN KERAJAAN.
Oleh Azman Hussin
WAHAI rakyat Malaysia, anda mahukan negara yang lebih baik, tetapi anda tidak mahu menjadi warganegara yang baik.
Anda mahukan hak-hak anda daripada negara, tetapi anda tidak mahu melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang warganegara.
Sebaliknya, anda mahu menukar kerajaan baru dan mengharapkan negara menjadi lebih baik. Anda fikir itu adalah penyelesaian yang betul.
Sepintas itulah jalan anda berfikir. Adakah ia akan menyelesaikan masalah selagi mentaliti anda tidak berubah?
Keadaan yang anda keluhkan tentang kerajaan anda adalah keadaan yang wujud seperti di negara-negara lain. Lebih kurang sama sahaja. Misalnya, tidak ada negara yang akan memberikan sesuatu secara percuma tanpa mengambil apa-apa daripada anda sebagai rakyat.
Tidak ada rakyat mana-mana negara yang tidak mengeluh tentang kerajaan mereka. Anda membandingkan negara lain dengan keadaan negara anda, yang kononnya lebih baik. Tetapi, anda tidak melihat rakyat negara tersebut juga mengkritik pemerintah mereka.
Jadi, di negara mana anda mahu tinggal? Tidak ada negara yang sesuai dengan apa yang anda mahukan. Misalnya, anda mungkin mendapat pendidikan percuma, tetapi cukai yang anda bayar tentulah lebih tinggi untuk membiayainya.
Anda mempercayai pembangkang, sedangkan anda tahu mereka akan berjanji perkara-perkara yang tidak logik untuk berkuasa.
Anda sebenarnya hidup dalam ilusi. Anda menyalahkan banyak perkara kepada kerajaan atas apa yang berlaku kepada anda. Badan-badan pemerintah pun anda salahkan apabila berlaku sesuatu perkara. Misalnya apabila disaman pihak berkuasa kerana kesalahan jalanraya, anda menyalahkan kerajaan. Ia seolah-olah anda fikir kerajaan baru tidak akan melakukan perkara tersebut. Anda salah anda disaman, di mana-mana negara pun berlaku perkara yang sama, dan rakyat sepatutnya tidak wajar berkata ini semua kerana kerajaan mahu memeras wang rakyat.
Tidak ada kerajaan pun yang boleh memuaskan kehendak-kehendak anda. Hiduplah dalam realiti.
Anda tahu orang-orang bukan Islam tidak akan meredhai kalian sehingga kalian mengikuti cara hidup mereka, tetapi anda menjadikan mereka sekutu politik anda. Dan bukan pula anda yang menguasai mereka dalam pakatan politik itu, sebaliknya mereka yang menguasai anda.
Anda mengeluh hidup tertekan, tetapi anda sendiri adalah sebahagian rakyat yang mengalami obesiti. Betapa kontradiksinya keadaan ini.
Anda mendakwa mahu memperjuangkan agama, tetapi anda menggadaikan agama anda kerana sedikit kesusahan hidup yang anda alami dengan membiarkan orang-orang bukan Islam mempersoalkan agama anda.
Bagaimana tidak masuk akalnya perkara ini?
Wahai rakyat Malaysia, anda mendakwa parti UMNO menggadaikan hak-hak orang Melayu, tetapi anda boleh pula mempercayai DAP yang terang-terangan akan menghapuskan hak-hak orang Melayu. Anda seolah-olah tidak membaca perlembagaan parti DAP yang akan menghapuskan perbezaan kaum di negara ini. Betapa tololnya anda.
Bolehkah anda mengharapkan serigala menggembala kambing walaupun serigala itu kelihatan jinak?
Anda berpolitik kononnya untuk kebaikan negara, tetapi anda telah menghancurkan negara kerana kuat berpolitik. Semua perkara anda politikkan. Anda tidak tahu lagi apa keutamaan anda sehingga menggadaikan hak-hak keistimewaan anda sebagai orang-orang Melayu. Itu bukan lagi berpolitik. Itu bermakna anda telah berjaya dipolitikkkan. Anda telah menjadi mangsa politik.
Anda sememangnya terkeliru.
Anda mahukan pendapatan yang tinggi, tetapi anda tidak sanggup membayar harga yang lebih tinggi untuk kos kehidupan anda. Dalam konsep yang mudah, yang sesiapa pun boleh bayangkan, bagaimana majikan akan menaikkan gaji pekerja tanpa menaikkan harga produk atau caj perkhidmatan mereka?
Anda mahukan pembangunan dan kemajuan, tetapi anda tidak mahu menyumbang kepada negara. Semua negara di dunia ini, yang menuju ke arah kemajuan, melaksanakan cukai-cukai seperti GST untuk membangunkan negara mereka. Dan di sini anda mahukan pembangunan negara, tetapi anda mengeluh apabila dikenakan GST serendah 6%, sedangkan di negara-negara lain, ia lebih tinggi lagi.
Di manakah negara yang semuanya percuma seperti yang anda khayalkan?
Anda mendakwa tiada kebebasan bersuara, walhal setiap hari anda mengkritik, memaki, bahkan memfitnah kerajaan secara terbuka.
Anda mahukan pemerintahan Islam, tetapi anda menyokong pakatan parti yang menentang agama Islam, yang cenderung kepada sekular, liberal, plural, malah pro-LGBT dan seks bebas. Tidakkah ini sangat bertentangan?
Apakah yang sebenarnya anda sedang perjuangkan?
Anda mengeluh kebanjiran pendatang asing, tetapi anda sendiri tidak mahu menjadi buruh kasar, tukang sapu atau pengawal keselamatan.
Siapakah nanti yang akan membina bangunan-bangunan, membersihkan sampah yang anda buang atau menjaga kediaman anda? Ia seperti anda marahkan lalat-lalat, tetapi anda yang membuang sampah yang menjadi makanan lalat.
Wahai rakyat Malaysia, anda sebenarnya hidup dalam ilusi. Kehidupan anda yang bertambah senang dan makmur membuatkan anda semakin tamak dan meminta lebih banyak lagi. Anda sedang merosakkan negara ini dengan mentaliti negatif seperti ini. Anda semakin manja, mengada-ngada dan bermentaliti subsidi.
Anda mengira harga barangan yang murah pada zaman dahulu,,dan menyatakan betapa nostalgianya kehidupan zaman dahulu, tetapi anda tidak pula mahu memerhatikan berapa gaji pekerja pada zaman itu.
Kekeliruan fikiran sebahagian daripada anda semakin kronik. Apabila keadaan tandas awam kotor, anda membandingkan keadaan itu dengan negara lain, dan anda seperti menyalahkan kerajaan, walhal itu adalah sikap masyarakat itu sendiri.
Apa yang anda nampak hanyalah perkara negatif untuk dikritik, dan melupakan sisi- sisi positif sesuatu keadaan.
Apabila pihak berkuasa bertindak atas sesuatu perkara untuk kebaikan semua, anda mengkritiknya. Bahkan cara pihak berkuasa menangani penjenayah pun anda kritik.
Semuanya serba tidak kena. Apa yang anda mahu sebenarnya? Anda seperti anai-anai yang sedang merosakkan negara anda sendiri.
Wahai rakyat Malaysia, apa yang anda mahu ubah sebenarnya?
Anda sebenarnya sedang lari daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya. Anda sedang menghancurkan keadaan sedia ada untuk memwujudkan keadaan yang lebih buruk dengan sikap dan pemikiran anda sekarang.
Percayalah, tiada negara atau kerajaan yang akan dapat melaksanakan apa yang anda khayalkan itu. Ia hanya janji-janji palsu pembangkang untuk melekakan anda.
Bangunlah dari mimpi-mimpi anda

5th February 2018, PRESS STATEMENT BY DATUK SERI DR WEE KA SIONG, Penang CM Lim Guan Eng must be confused as he does not seem to understand the…

5th February 2018
PRESS STATEMENT BY DATUK SERI DR WEE KA SIONG
Penang CM Lim Guan Eng must be confused as he does not seem to understand the difference between the Special Purpose Vehicle Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) and the majority shareholder and holding company, Zenith Construction Sdn Bhd (ZC).
In his press statement today, Guan Eng said that I had resorted to “desperate lies” that the Penang Govt awarded the RM6.3 billion project to an 82-day-old special purpose company.
This is not what I said. I did not say the 82 day old company was the special purpose company but the actual holding company.
For clarity, the Request for Proposal (RFP) process was a two-stage process – a pre-RFP to select who can bid in the RFP and the RFP itself.
In the pre-RFP that was held on 14 Nov 2011, the holding company ZC was allowed to qualify for the RFP despite ZC only being registered 82 days ago on 22 Aug 2011.
This ZC is the company that I meant – not the Special purpose company.
On the strength of qualifying for the RFP itself, ZC then set-up a special purpose vehicle CZCSB with paid-up capital of no more than RM10,000 on 5th July 2012 to participate in the RFP itself held the very next day on 6th July 2012.
Thus, the HOLDING COMPANY ZC was just 82 days old when it qualified for the RFP while the SPECIAL PURPOSE company was just 1 day old when it won the RFP.
Therefore, Guan Eng should apologize to me immediately since Guan Eng had gotten confused and maliciously said that I had resorted to desperate lies.
On top of that, Guan Eng still insist that the special purpose company CZCSB still fulfills the minimum RM381million minimum paid-up to qualify for the project.
A check with the Register of Companies (ROC or SSM) showed that the fully-paid up capital of the special purpose company CZCSB is only RM26.5 million as at 22 Jan 2018. It was certainly much less at the point of award.
A check on ZCSB the holding company and majority shareholder of the special purpose company shows the paid-up capital as at 22 Jan 2018 was only RM15 million.
So how does RM15 million or even RM26.5 million bigger than RM381 million?
I enclose all my proof from official documents while Guan Eng had just resorted to bare denials.
I await your apology.
********************************************************************************************
拿督斯里魏家祥博士文告
2018年2月5日
槟州首长林冠英看来自己也已经混淆,不明白作为特殊项目公司(SPV)的Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB),以及作为主要股东并持有股权的Construction Sdn Bhd (ZC)之间的差别。
他在今日发表的文告中指我撒谎 ,声称我提出槟州政府把价值63亿令吉的海底隧道项目颁给只成立82天的特殊项目公司。
事实上,我不曾讲过上述的话,我所指的成立才82天的公司是后来获颁这项特殊项目公司的大股东,即后来SPV的持股公司。
我必须说明的是,槟州政府进行的征求建议书(RFP)程序分为两个部分,即第一个程序是初审(pre-RFP),看谁符合资格进入第二个程序,也就是征求建议书的程序。
在2011年11月14日进行的初审,当时才注册成立82天的ZC公司竟被选中参与第二个程序,即征求建议书的阶段 。
这才是我所讲的ZC,即特殊项目公司(SPV)的大股东,并不是SPV。
在入选征求建议书阶段后,ZC于2012年7月5日成立特殊项目公司,也就是CZCSB,当时的缴足资本不超过1万令吉,并在隔一天,2012年7月6日参与征求建议书阶段。
因此,ZC成立82天就通过征求建议书(RFP)第一阶段的初审,之后的特殊项目公司仅成立一天就受邀参与征求建议书阶段,并在之后获得有关工程。
林冠英应立即向我道歉,因为他自己混淆视听,并诬陷我撒下“绝望的谎言”。
与此同时,林冠英再三强调这间特殊项目公司CZCSB符合州政府定下获得此工程的公司必须拥有最低缴足资本3亿8100万令吉的门槛。
经过向公司注册局(或公司委员会)的查证,显示于2018年1月22日,这家特殊项目公司CZCSB的缴足资本只有2650万令吉,比起当时获得有关项目时所声称拥有的缴足资本少了很多。
这特殊项目公司的持股公司,也即是大股东ZCSB于2018年1月22日的缴足资本也只有1500万令吉。
请问,1500万令吉或2650万令吉又怎么可能超过3亿8100万令吉的最低门槛?
有鉴于林冠英一再否认,我只好附上所有的正式文件,以示证明。
槟州首长,我等着你的道歉。
https://www.facebook.com/weekasiong/posts/10156037252807270

Perjalanan jumpa geng2 FRM bermula hr ni

Perjalanan jumpa geng2 FRM bermula hr ni…sempat ambil kan polisi mereka dulu semalam utk diagihkan…ni la akibat rmi team berbeza kawasan…kena jln jauh le kita…hehe….apepun saya happy dgn kerja saya…
Semoga dipermudahkan urusan 4 hari ni….dan yg penting sekali semoga mak yg ditinggalkan di rumah diberi kesihatan yg baik…Alhamdulillah ada adik dan abg yg blh jaga…ok jom Mr Transporter abg syg Rahmat Kadir tq sudi teman….
22/5 Selasa pagi : Liana – TBE Revision (KL)
22/5 Selasa ptg : Siti belajar buat proposal IR (KL)
23/5 Rabu whole day :
– Siti ambush/FTF , dan lain2 appointment (KL)
– Faris – handling objection, list 100(KL)
24/5 Khamis &
25/5 Jumaat :
– Kak Fila ( Seremban)
– Syeha dan Jiji (Muar)
– Safit (Batu Pahat)
– Norain & Azma (Batu Pahat)
– Suhana (Batu Pahat)

INSHA ALLAH ANAK SAYA TAKKAN SAKIT MACAM ORANG LAIN, Itulah apa yang saya sendiri fikirkan

INSHA ALLAH ANAK SAYA TAKKAN SAKIT MACAM ORANG LAIN
Itulah apa yang saya sendiri fikirkan. Jom lihat ‘ringkasan perjalanan’ anak saya sendiri.
JUN 2015
Alea Mediha binti Mohd Khalif keluar dari perut mummy Aliaa Abdullah.
OGOS 2016
Saya ambil medical card untuk Mediha. Walaupun masa tu saya yakin 100% yang dia akan membesar sihat macam mommy & daddy dia yang tak pernah masuk hospital langsung masa kecil, saya tetap ambil langkah “sediakan pampers sebelum berak”.
FEBUARI 2017
Pada umur 1 tahun 9 bulan, Mediha kuat berdengkur ketika tidur. Air mata berterusan keluar walaupun tak menangis. Ia menunjukkan ada bahagian dalam kerongkong sedang bengkak teruk. Mediha demam panas seminggu dan ‘terlupa’ untuk bernafas pada malam saya oncall di hospital.
Isteri terus bergegas ke Jabatan Kecemasan Hospital Ampang pada tengah malam. Disebabkan wad paediatrik penuh, doktor kecemasan sarankan makan antibiotik di rumah.
Keesokan harinya, habis saja oncall, saya ambil cuti kecemasan dan terus bawa Mediha ke Prince Court Medical Center (PCMC). Kamera dimasukkan dalam hidung dan doktor pakar mendapati kedua-dua belah tonsil & adenoid bengkak. Kalenjar air liur & dalam telinga pun bengkak (right parotitis & otitis media).
Mediha menerima rawatan IV antibiotic selama seminggu di PCMC.
JUN 2017
Umur genap 2 tahun, Mediha demam panas, batuk dan selsema. Lagi sekali saya ambil cuti kecemasan untuk jaga dia di rumah opah.
Badan Mediha terlampau panas. Opah buka baju dan seluar, basahkan dia dengan tuala basah. Saya ambil keputusan untuk masukkan ubat demam dalam punggung.
Walaupun dah buat apa yang patut, badan Mediha makin panas. Matanya putih, mulut terketap dan badan mengejang. Mediha sawan.
Walaupun Hospital Ampang 10 – 15 minit daripada rumah opah, kami bawa dia ke Hospital Pantai Cheras sebab jaraknya hanya 5 minit.
Dia dimasukkan ke wad selama 4 hari sebelum boleh discaj. Bil mencecah RM6000+.
OGOS 2017
Mediha terlanggar pintu masa bermain. Ibu jari kaki berdarah. Bawa ke jabatan kecemasan Hospital Ampang, sebelum ambil keputusan untuk bawa ke KPJ Ampang Puteri.
Ingatkan lepas cuci luka boleh terus balik. Rupa-rupanya doktor pakar tulang sarankan supaya masuk bilik pembedahan (OT) untuk bagi bius satu badan dan tanam kuku yang dah tercabut.
Walaupun masuk cuma 1 malam, bil tetap mencecah RM6,000+.
————————————
Jumlah keseluruhan bil hospital RM19,000 dalam masa 6 bulan. Alhamdulillah, hampir kesemuanya ditanggung oleh Prudential. Saya hanya perlu bayar RM40 untuk pendaftaran dan vitamin.
Kesimpulannya, saya ingin nasihatkan pada ketua keluarga, kalau anda sayangkan anak-anak dan isteri anda, buatlah yang terbaik untuk lindungi mereka.
Ada bermacam-macam cara, dan perlindungan insurans adalah salah satu darinya. Saya tak kesah langsung kalau anda nak ambil mana-mana insurans, tapi ambillah. Isteri dan anak-anak tentu hargai kalau anda utamakan perlindungan mereka. Orang lelaki jarang ucapkan ‘I Love You’, tapi saya percaya anda lebih suka tunjukkan melalui perbuatan & pemberian.
Saya doakan supaya setiap kenalan saya di FB ni dikurniakan kesihatan berpanjangan.
Aminnn.
Dr. Khalif Sidratul Muntaha,
Ayah Mediha.
P.S: Sesiapa yang mempunyai sebarang soalan mengenai kesihatan atau penyakit, atau apa-apa masalah tapi masih takut untuk datang ke klinik / hospital, boleh PM saya atau terus whatsapp saya di link ini: http://www.wasap.my/+60139311634