Financial freedom atau kebebasan kewangan adalah sesuatu yang indah

‘Financial freedom’ atau kebebasan kewangan adalah sesuatu yang indah.
Manakan tidak, duduk rilek duit masuk. Tak buat apa-apa pun duit masuk.
Tapi hakikatnya adakah benar? Atau sekadar ayat melariskan buku atau seminar?
10 tahun lepas saya belajar bisnes adalah kerana untuk mencapai ‘financial freedom’.
Berusaha keras untuk mencapai kebebasan kewangan.
Namun hari ini saya sedar, tiada istilah kebebasan kewangan.
Segalanya kena usaha. Tiada istilah duduk rilek dapat duit.
Contohnya, kita nak dapatkan duit dari penyewa. Kita kena usaha cari rumah yang bagus lokasinya. Kita kena usaha cari duit 10% deposit untuk beli rumah untuk disewakan.
Seterusnya kita kena cari bakal penyewa yang baik. Jangan sampai dapat penyewa dari neraka.
Selain itu, kita bina bisnes. Walaupun kita tak masuk ofis kita tak boleh cakap kita dah capai tahap kebebasan kewangan.
Sebab kita kena pantau prestasi syarikat. Kena pantau prestasi staff. Kena pantau jualan, pemasaran dan sebagainya.
Jadi tiada istilah kebebasan kewangan.
Lihat Mark Zuckerberg, Elon Musk, Jack Ma atau Bill Gates mereka masih lagi bekerja dan berusaha walaupun status mereka BILLIONAIRE.
Jangan tertipu dengan individu yang kononnya mengajar mengenai kebebasan kewangan.
Mereka mungkin nampak gaya hidup mewah, melancong sana sini, naik Lamborghini dan tinggal di rumah penthouse bernilai 5 juta. Ia mungkin cuba ‘scam’ anda ?

15 Replies to “Financial freedom atau kebebasan kewangan adalah sesuatu yang indah”

  1. Betul. Tu dimaksudkan dengan kebebasan kewangan oleh golongan di atas.Tapi saya percaya, kebebasan kewangan yang dimaksudkan oleh golongan berpendapatan rendah adalah bebas hutang dan tak rasa tersekat nak beli pape. ?

  2. Saya ada kenal seorang kawan ni, dia xkaya tapi dia dah xkerja sebab masa dia kerja dia target umor 40 stop kerja, dia ada beberapa rumah sewa, hidup dengan sederhana dan banyak habiskan masa dengan jemaah tabligh..

  3. It is too good to be truth.Usahawan kena berusaha tanpa henti.Kepala otak kena ligat berputar dengan segala permasalahan & isu.Bagi ADLY, kita dapat beli itu ini, melancong sana sini sinun.. itu adalah reward untuk kita.. sekali sekala.. bukan setiap bulan…

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *