Saya beli buku ni bukan sebab nak tau pasal Jepun pun

Saya beli buku ni bukan sebab nak tau pasal Jepun pun.
Tapi sebab penulis nya mentor kehidupan saya.
Mentor saya target menyusukan anak walaupun bekerja,
Mentor saya prektiskan naturel parenting sejak bayi,
Mentor saya homeschooling anak,
Mentor ber blogging,
Antara pencetus saya berbisnes,
Dan mungkinkah akan jadi pencetus saya untuk travel dan menulis pulak?
Haha.
Berangan is free!
Tapi apa-apa hal pun kena sampai tempat paling suci di muka bumi dulu. Baru boleh berangan ke lain kan.
Suka dengan penulis ni kerana beliau sentiasa kekal dengan identitinya walaupun dalam bentuk tulisan.
Kelakar namun penuh dengan inspirasi.
Buku yang bagus untuk kawan-kawan yang berhajat ke negara orang jalan laju-laju ni.hehe. Kupasan beliau santai, tapi membantu kita mendapat gambaran awal sebelum melangkah ke sana. Tips-tips yang nampak remeh, tapi jika tak ambil berat mungkin menjejaskan keseronokan kembara kita.
Terima kasih Puan Suraya Ali kerana ajar saya satu lagi benda baru dari buku ini,
Travellis = Travel & tulis!
Terasa nak berangan pulak. Ehem!