KERETAPI LAJU KUALA LUMPUR SINGAPURA DIBATALKAN

KERETAPI LAJU KUALA LUMPUR – SINGAPURA DIBATALKAN!
1. Saya yakin ramai yang terkilan apabila projek High Speed Rail (HSR) Kuala Lumpur – Singapura dibatalkan. Terkilan kerana impian untuk memiliki keretapi secepat 300 km/jam terkubur. Padahal kononnya kita ingin menjadi seperti negara-negara maju dengan sistem pengangkutan awam yang moden, pantas dan tepat waktu.
2. Di sana keretapi cepat panjangnya puluhan ribu kilometer sejak lebih 50 tahun dahulu. Bahkan mereka berlumba-lumba untuk menghasilkan teknologi yang lebih maju supaya kecepatan menjangkau 500 km per jam sekaligus meningkatkan mobiliti penduduk dan pembangunan yang lebih merata.
3. Lupakanlah impian untuk ‘memiliki’ Shinkansen seperti di Jepun yang panjangnya 2800 km. Lupakanlah TGV di Perancis dengan panjang laluan sejauh 2600 km dengan kecapatan 570 km sejam. Lupakanlah Korea Selatan, United Kingdom dan Sweeden yang memiliki jaringan kereta api laju sejauh 1000 kilometer. Apa lagi kalau nak dibandingkan dengan China yang memiliki kereta api laju sepanjang 25 000 kilometer atau Amtrak di Amerika Syarikat sepanjang 30 000 km.
4. Lupakan semua itu kerana ‘negarawan terulung’ lebih rela membayar RM 500 juta sebagai denda pembatalan projek Malaysia-Singapura itu. Beliau lebih berminat dengan nostalgia ‘Jembatan Bengkok’nya, lebuh raya bertol yang mengayakan para kroni atau LRT yang terpaksa di bailout oleh Prasarana milik kerajaan berbillion-billion ringgit setelah berjaya menghasilkan beberapa jutawan segera pada penghujung tahun 1990an.
5. Lebih mengejutkan lagi adalah alasan pembatalan projek HSR KL – Singapore tersebut ialah kerana kosnya dikatakan mencecah RM 110 billion. Rujuk di sini : https://www.businesstimes.com.sg/…/malaysia-drops-high-spee…
6. Hello, angka tu datang dari mana? Selama ini kita tahu keseluruhan kos projek tersebut hanya sekitar RM 50-60 billion!
Rujuk di sini :
http://www.myhsr.com.my/…/singapore-and-malaysia-closer-to-…
Juga di sini : https://www.thestar.com.my/…/track-for-350km-kl-singapore-…/
7. Inilah akibatnya apabila para taikun diajak untuk ‘membina semula negara’. Yang terjadi adalah kos naik sekali ganda entah angka dari mana! Inilah akibatnya bila menabalkan ke puncak kuasa seorang manusia egois dan pantang kalah. Hanya pendapatnya saja yang betul dan hanya legasinya saja yang ingin dikenang. Rakyat dilupakan, keuntungan sendiri diutamakan. Sungguh menyedihkan! ?

521 Replies to “KERETAPI LAJU KUALA LUMPUR SINGAPURA DIBATALKAN”

  1. Itulah guna pembangkang. ‘Check and balance’ segala keputusan kerajaan. Kenapa seolah2 tak benarkan pembangkang utk bersuara seperti mana pembangkang dulu bersuara?

  2. Penyokong KERAjaan sekarang tengah panas tu, janji belum ditunaikan, pembangkang berwibawa plak duk pertikai tindakan2 bodoh yg dibuat menteri2 KERAjaan, maka penyokong KERAjaan pon serang la pembangkang2 yg berwibawa ni.

  3. Dah selama ini pecacai PH meroyan macam mabuk ketum,rindu dan bernostalgik sakan zaman tun mahathir… la ni naiklah bas mini semula…. Gombal!… Gombak…Gombak… Greenwood!.. Greenwood!… Masuk!… Masuk lagi la hoi!… Masuk… Masuk dalam…

  4. Haha.. singkat rupanya pemikiran macai2.. belum sesuai lagi.. mahukah kita melihat terkuburnya KLIA.. kerana untuk jangka panjang.. orang2 dari KL akan mengunakan lapangan terbang Changi kerana cepat dan efficient.. kita akan kerugian untuk jangka panjang.. Tun mempunyai sebab untuk membatalkan.. Kerana kepentingan sesetengah pihak.. mereka akan menyalahkan Tun.. Lihat jangka panjang..

  5. ya. sebenarnya KLIA pun dah cukup mantap termasuk dengan strategi health tourism. KLIA jadi hub Air Asia & 2nd home utk Lion Group. 2 airlines ni adalah raja utk budget airline kawasan Asia Pacific. Changi lebih mantap untuk long distance route. Shopping kat Malaysia lebih murah. KLIA – Changi should complement each other, HSR salah satu inisiatif ke arah tu. Sayangnya dah dibatalkan.

  6. Haha.. Ingat tak projek asal yg Tun bg Syed Mokhtar dulu adalah dari Jb ke Kl 12b.. tapi Pak Lah batalkan.. najib yg ubah dari Spore melalui Forest City melalui Iskandar Putri atas kehendak Spore..

  7. Lol. Aku tanya tak nak jawab. Siap perli aku lagi. Aduh, perangai masih tak berubah walaupun dah jadi kerajaan.

  8. Tak habis lagi perli aku haha. Weyh, kalau kau yakin sangat dengan info kau, kongsilah je lah dengan aku. Mana tahu kalau info yang aku cari nanti salah.

  9. Mohamad Mohd KhalidSaya betul2 cuba nak faham ni.. Kalau ada fakta share laa. Jangan la suruh pembangkang cari, kerajaan la kena bagi fakta. Pembangkang keja dia bangkang.. Takkan la pembangkang cari fakta, pastu dia bangkang sendiri fakta dia cari? Tak kena tuu…

  10. Hahaha macai makan dedak ? Bnyak ke makan dedak tu?? Lain kali jgn makan dedak aje pi cari fakta baru kukuh nak berdebat dgn pembangkang hahaha

  11. La…modal akhirnya dedak. Bila dah tak boleh jawab dengan fakta jawapan ultimately dedak. Dedak dedak..eh takde perkataan lain ke?

  12. Pendik akal sungguh cacai ni. Sebelum HSR dilancarkan, beribu ringgit telah dilaburkan bagi menjalankan kajian feasibility projek yang dijalankan oleh qualified surveyor/researcher, bukan gulungan cacai . Malas nak cerita dengan siakal pendik. Buang nafas aje puasa2 ni.

  13. Keretapi laju dah dibatalkan Tun. Lagi satu bab yang merunsingkan saya tentang kenyataan Tun M nak pertimbangkan permintaan Hindraf, yang ni saya risau jika dia putus untuk bersetuju. Lagi bengkok dan parah.

  14. Sbnrnya bkn betul2 suara hindraf tu. Bnda tu dah lama tuntut dek cina Dap. Xmo nmpk sgt sume tu agenda Dap, suruh lh plk hibdraf bsuara, dan kali ni madey respon. Drama nk elakkn konon Dap mula naik tocang bila BN dh tkubur

  15. Cuma nak tanya, setakat dari KL Sentral ke KLIA 2 tambang lebih kurang RM50. Kalau naik HSR, berapa harga nak bagi? Ni soalan serius.

  16. Nak banding kereta api laju dengan kapal terbang apalah. HSR bukan sahaja untuk pembangunan negara tapi ia sepatutnya memberi peluang pekerjaan yang sekarang hanya tinggal angan-angan sahaja

  17. Ya, TOD atau transit-oriented development. Salah satu sebab kenapa aku sangat suka pembangunan yang dibawa oleh DSN

  18. ya Bang Bob.. IPO 25% dijangka boleh dapatkan dana RM 200 bilion. Sejak awal TS Hassan Merican dilantik dalam council of elders, saya tertanya-tanya, dengan cara apa diorang nak faraid Petronas. Rupanya mungkin melalui IPO.

  19. Never-ending drama. Bukan Singapore doesn’t want our high speed rail in the 1st place? Now need to pay compensation rm500mils.. no wonder our debts raises more than rm1trillion in matter of weeks. I’m not a supporter of the current opposition don’t get me wrong but I don’t agree with crocodile tears and sly fox either!

  20. anak muda mana nak pakai minyak attar, tuan. koman2 Bleu – Chanel. tapi sebab HSR dah batal, tak dapatlah borong dari Mustafa yg harganya 20-30% lebih murah. ?

  21. Sekali jalan RM 200. 1.5 jam.Flight berapa? Terbang 1 jam, check in 2 jam sebelum, luggage clearance setengah jam. Mahallah berbanding bas RM 50, 5 jam.

  22. Nabieh Rahmat saya rasaaaa kan. Pelancong akan dtg utk naik ketapi ni. Salah satu tarikan pelancong ni..Sbb kalau ke China, pelancong jugak la yg dok naik ketapi laju depa..

  23. Yes.. Nobody said dat Malaysians dont need a supertrain. We do.But again, the timing is not correct. Our current financial situation doesnt favour its construction for now.

  24. Mohd Shainol Azmar Kassim saya setuju benar tulisan tuan. Ini asas yang utama. Setiap urusan ada pro and cons. Mengambil pandangan Prof Jomo, projek ini tidak memberi manfaat menyeluruh bahkan kita meminjam. Dont compare carrot and stick. Benar, masa itu emas tetapi kemampuan rakyat Malaysia menyeluruh terlalu terhad. Rakyat yang pendapatannya bawah rm3000 jika tiada keperluan saya yakin tidak akan naik HSR. Apatah lagi yang punya keluarga. Jika dikatakan tarikan pelancong, yeah, maybe. Tetapi perlu check & balance dari segi berapa ramai pelancong ke Malaysia serta adakah HSR menjadi kenderaan utama mereka. Contoh, pelancong dari China majoriti mereka lebih suka naik bas beramai-ramai. Jika dikatakan perihal pelancong ke negara China, yes pelancong akan naik. Let’s study why. Antaranya adalah kerana negera mereka tiada HSR dan ingin merasa. Dan lain kerana jarak landasan keretapi laju di China beribu-ribu kilometer berbanding dengan kita hanya beratus-ratus kilometer sahaja. Jadi di China pengangkutan kereta api laju menjadi keperluan kepada mereka.Berapa bilangan penduduk di China? Billions. Berbanding dengan Malaysia 32juta sahaja. Itupun termasuk sabah sarawak. Berapa percent rakyat mampu untuk naik. Dan lain lagi, di China contohnya teknologi ini daripada mereka, pekerja dari negara mereka, modal mereka sendiri. Jadi kos mereka jadi rendah berbanding dengan kita modal terpaksa pinjam dari China. Ini belum lagi termasuk kos penyelengaraan.Untuk minyak semakin merosot dan perlukan alternatif seperti elekrik ia perlu diperbetulkan. Untuk menggerakkan elektrik ia perlukan minyak. Ya, one day kita perlukan supertrain jika rakyat kita berpendapatan tinggi rm10k ke atas (‘jika’). Jika ramai naik sekaligus boleh tampung kos penyelenggaraan dan lain2 kos. Cuba cek ETS sendiri, berapa ramai yang naik? ETS cepatkan masa ke destinasi tetapi tambangnya mahal. Berapa ramai yang menggunakan ETS.Sekadar pendapat seorang marhein.

  25. Nadia Ismail ya sebab “people” adalah perkara penting dalam asas ekonomi. Jika berkata tentang ekonomi, dengan RM100billion boleh bangunkan ekonomi lebih banyak perkara. Sebagai contoh, pertanian. Jika digunakan untuk pertanian mungkin 10% dari kos itu kita tidak perlu import sayur, bahan tani dari negara lain. 10% untuk pelancongan contoh dikemaskan dan ditingkatkan promosi kepada industri lebih elok. Perlu kaji kenapa sehingga ini pelancong masih datang ke Malaysia malahan bertambah. Cuba baca nota Prof Jomo, seorang pakar ekonomi kenapa tidak perlu projek “ekstravaganza” dan apa efek jangka masa panjang.

  26. Sebelum buat train ni baik sempurnakan yg 1 malaysia ni. Timur ke barat pon xda smpi skrg. Negara jiran dan puloh tahun dah.

  27. Manifesto tinggi menggunug -> menang -> canang satu dunia hutang tinggi sangat, imdb jadi alasan -> jual saham petronas, lepas ni adalah tu saham lain, batal projek bermanfaat kerajaan lama -> dapatlah duit utk tunaikan manifesto (agak2 cukup ke bila kdnk pun turun)….plan B bagi rakyat rasa sedih, duit xcukup -> manifesto dibatalkan…plan C lantaklah manifesto ke, ekonomi jatuh ke, kdnk turun ke -> 5 tahun ni gunakan kesempatan kaut mana x sempat kaut dulu…

  28. Cukup2 lah momok2kan pasal isu kronisme ni.Malaysia baru bro. Dulu BN saja yg memerintah. Skrg combo PKR, DAP, PAN, dan PPBM yg memerintah. Situasi begini di mana pemimpin dr pelbagai parti susah nk membenarkan syarikat kroni mengaut semua projek.Terlalu byk “mata” yg memerhati..?

  29. Kronisme ni ada mana2…even tahap paling rendah yang kerja bahagian service pun kalo ada kroni, utamakan kroni dulu…kronisme tu wujud….walaupun rakyat biasa…bn ada kroni, pakatan harapan ada kroni, even pas pun ada kroni…tapi kroni yg berlebihan ni yg nk kita tolak…

  30. Dan kronisme dpt dikurangkan dgn melantik AJK tertinggi dari puak2 yg berbeza.. Supaya satu puak xleh bolot semuaa..Mcm kjaan kita skg. Hehe..

  31. Ok. Ini menyedihkan. Terasa tak guna excited bila dgr plan ni dulu. Tq ye. Sbb seorang rakyat rasa kecewa sgt. Bukan dgn isu ni je. Tp lain2 isu sepanjang 3 minggu ni. Tq sekali lg sbb bg nama Malaysia naik & dikenali. Naik sbb baik or buruk? Rasa2nya? Fikir2 kan la ye…

  32. Perlu sangat² ke HSR tu? Malaysia dgn Singapura bukannya berjarak jauh mcm dalam negara Jepun, atau China, atau Eropah…

  33. Not many are aware, that the rail link was meant to compensate for the massive flow of air and land traffic that is set to reach maximum capacity by 2023. From March 2017 to February 2018 alone, airlines operated 30,537 flights between Kuala Lumpur and Singapore, making the route the second busiest flight path in the world! Najib meant only to prevent the clogging of the route by presenting Malaysians a cheaper alternative.https://www.cnbc.com/…/kuala-lumpur-to-singapore-is…

  34. Ellis Anderson Shepard cheaper…? Maybe. For me, better focus on building a better highway at pantai timur semenanjung and sabah sarawak… my opinion laa… We still lack at those.

  35. Negara maju fokus pada mass transportation macam train, negara tak berapa maju sibuk nak naik kereta.Padahal high speed train kurangkan risiko kemalangan, pencemaran.

  36. Biar rugi rm500j asalkan xbeban rm100b… Lagi pun kl / sing bkn nya jauh sangat.. Kapal terbang pun banyak klu nak chepat.

  37. Kos sebenar RM70 billion bukan RM110 billion. Mahathir mana tahu, dia bukan baca pun agreement. Lagi satu, penerbangan KL-SG ialah penerbangan kedua paling sibuk di dunia. Sebab tu DSN nak buat HSR untuk sebagai laluan alternatif.Not many are aware, that the rail link was meant to compensate for the massive flow of air and land traffic that is set to reach maximum capacity by 2023. From March 2017 to February 2018 alone, airlines operated 30,537 flights between Kuala Lumpur and Singapore, making the route the second busiest flight path in the world! Najib meant only to prevent the clogging of the route by presenting Malaysians a cheaper alternative.https://www.cnbc.com/…/kuala-lumpur-to-singapore-is…

  38. Malaysia ada duit le. Hutang baru 50.8% berbanding KDNK. Zaman 1986 dulu 103% relax je. Yang sebenarnya sebab kroni tak dapat projek je sebab MyHSR tu bawah MoF. Cuba kalau YTL ka Robert Kuok ke yg dapat, langsung on punya, siap naik kos.jadi 110B.

  39. Pulangan balik rm21bil tu projection saja. Entahkan dpt entahkan tidak. Kos max 70bil pon tak pasti lg, mgkin akan berubah mengikut kadar inflasi dan terma dr syarikat terbabit. 7 thn tu pon janji saja blh siap, it can longer time, cud oso be more than 10 years kalo jadi bencana alam dsb.Mcm2 blh jd pd ekonomi dunia sekarang. Kadar tukaran wang akan naik turun. Global economic crisis blh jd bila2 masa. So again, 70bil cost (uncertain figure) vs rm500mil (certain figure). I choose rm500mil for benefit of my nation.

  40. Pada sy drpd buat HSR ni adalah lebih baik buat lebuhraya kat sabah serawak dulu bg siap… kesian org belah sana. HSR budgetnya mahal x smua rakyat dpt naik..baik perkukuhkn dulu ekonomi negara yg meruncing ni dulu drpd pk projek mega2 ni.. klu nk belanja tgk poket sendiri dulu jgn jd org yg biar pape asal bergaya takut2 nnt habis negara terjual sama.. pk2lah..

  41. Not many are aware, that the rail link was meant to compensate for the massive flow of air and land traffic that is set to reach maximum capacity by 2023. From March 2017 to February 2018 alone, airlines operated 30,537 flights between Kuala Lumpur and Singapore, making the route the second busiest flight path in the world! Najib meant only to prevent the clogging of the route by presenting Malaysians a cheaper alternative.https://www.cnbc.com/…/kuala-lumpur-to-singapore-is…

  42. Haa!..Nabieh..baca ni..HSR DAN KEWANGAN NEGARADari 2007 lagi syarikat YTL dengan teknologi Siemens sudah mencadangkan kepada kerajaan untuk dibina projek kereta api berkelajuan tinggi di antara KL- Singapura.Trek sepanjang 350km dengan tren kelajuan 300km/j. Berapa kosnya? RM 8 billion.Tetapi EPU menolak projek ini atas sebab komitmen kewangan yang tinggi.10 tahun kemudian, projek yang sama diperkenalkan kembali dan kita dimaklumkan kosnya adalah RM70-80 billion.Sama ada kos telah naik berpuluh kali ganda atau kerajaan dahulu suka ‘inflate’ kos projek kereta api untuk tujuan tertentu hanyalah membawa satu persoalan iaitu: bagaimanakah mereka menguruskan kewangan dan ekonomi negara?Projek HSR KL-Singapura sememangnya ada kebaikan. Malahan, setiap projek boleh diberikan justifikasi untuk kelulusan…..atas kertas.Misalnya projek ECRL. Guna sahaja ‘basis’ bahawa muatan kargo dari Pantai Timur sebanyak 60 juta tan metrik setahun menjelang 2025, boom, projek lulus. (Walaupun kadar muatan kargo sekarang hanyalah 6 juta tan metrik di seluruh Malaysia.)Begitu jugalah projek HSR.HSR akan memajukan kawasan luar bandar seperti Ayer Keroh, Muar dan Batu Pahat. Pelancong makin ramai, industri tempatan (perabot dsbg) mempunyai pasaran lebih luas, projek ‘spill over’ di kawasan ini akan dibina dan nilai hartanah meningkat.HSR akan memendekkan masa perjalanan. Kalau dengan pengangkutan udara, masa diambil dari ‘door to door’ adalah 4 jam. Kini ia bakal mengambil masa 2 jam.HSR akan merancakkan aktiviti ekonomi dan perkongsian sumber serta bakat di antara dua kota raya. Pekerja dan bisnesman KL mudah bekerja di Singapura dan sebaliknya. Lebih banyak syarikat Singapura akan beroperasi di KL atas faktor kos.Ini semua benar dan ada meritnya.Namun, setiap yang baik pasti ada yang buruknya. Kesan negatif kepada projek HSR juga perlu diambil kira.Pertama, HSR akan memberi kesan langsung kepada industri penerbangan.Laluan KL-Singapura adalah laluan paling sibuk si dunia dengan 30,500 penerbangan setahun.Apabila dikatakan paling sibuk, ia bermaksud ‘lucrative’. Secara kasarnya nilai ekonomi yang dijana bagi laluan ini adalah sekitar RM2 billion ke RM3 billion. (Tambang, caj parking, penyelenggaraan, cukai lapangan terbang dll)Ianya melibatkan hampir 10 syarikat penerbangan yang mempunyai slot KL-Singapura. Antaranya adalah MAS (milik kerajaan) dan AirAsia (milik Malaysia).Sebarang kehilangan ‘revenue’ di laluan paling sibuk ini kepada HSR sudah pastilah memberi kesan kepada syarikat, pekerja, vendor dan kerajaan.Adakah kita bersedia ‘mengacau’ (disrupt) aktiviti ekonomi di laluan tersebut?Kedua, kos HSR adalah terlalu mahal. Bagaimana sesebuah projek yang 10 tahun dahulu bernilai RM8 billion tetapi kini menjadi RM100 billion (termasuk kadar faedah)?Purata kos membina HSR adalah sekitar RM60 juta- RM100 juta per kilometer.Dengan ‘price tag’ RM100 billion dan sepanjang 350 km, projek HSR KL-Singapura menjadikan kos per km sebanyak RM285 juta.Ianya kos yang amat tinggi. Sedangkan keadaan topografi tanah di sepanjang laluan KL-Singapura tidak memerlukan pembinaan merentasi gunung ganang mahupun banjaran sebagaimana di Eropah mahupun China.Kos buruh dan bahan mentah juga tidaklah semahal seperti di Amerika dan negara maju yang lain.Ini membawa kita kepada perkara ketiga iaitu- adakah kita mampu membiayai projek HSR?Dengan berbelanja (baca: berhutang) RM100 billion, secara kasarnya kita bakal membayar RM250 juta sebulan selama 30 tahun.Sebuah jumlah yang amat tinggi lebih-lebih lai mengambil kira kedudukan hutang negara sekarang.Sesetengah penganalisis, pakar, pengkritik mahupun bekas Menteri Kewangan boleh mengendahkan kadar hutang kerajaan sebanyak RM 1 trillion. Mereka boleh berselindung di sebalik definisi dan terma hutang yang diguna pakai.Namun definisi ataupun tidak, hakikatnya kerajaan telah membayar hampir RM7 billion hutang 1MDB sejak 2017. (Nilai yang sama dengan pembayaran BR1M setahun kepada 7 juta isi rumah.)Dan… jumlah pembayaran hutang ini akan terus meningkat dan dibayar oleh kerajaan kerana ini adalah contoh di mana entiti yang dijamin hutangnya tidak mampu membayar sendiri hutang mereka sehingga kerajaan terpaksa campur tangan.Selain daripada hutang sedia ada, terdapat projek mega yang lain seperti MRT 2 (RM32 bn), LRT 3 (RM9 bn), Pan Borneo (RM29 bn) dan West Coast Highway (RM4.6 bn) yang sedang berjalan.Ini tidak dicampur lagi dengan projek super mega akan datang seperti ECRL (RM66 bn), MRT 3 (RM50 bn), Melaka Gateway (RM15 bn) dan Kuantan Industrial Park (RM8 bn).Kesemua komitmen ini sahaja berjumlah RM213 billion iaitu sama nilai dengan bajet setahun kerajaan.Adakah kita punyai wang sebanyak itu untuk membiayai kesemuanya?Atau kita terus berhutang dalam mendapatkan dana?Atau kita mengenakan cukai baru kepada rakyat untuk membayar hutang tersebut?Sedangkan kita tahu lebih separuh pekerja Malaysia berpendapatan bawah RM2,000 sebulan. Mereka yang ada kerja, gaji tak banyak.Itu yang ada kerja. Walhal, nak cari kerja juga payah. Kadar pengangguran di kalangan graduan adalah 11%- paling buruk berbanding Thailand, Vietnam dan Indonesia.Dan banyak lagi angka / statisik yang memerlukan kerajaan berbelanja ke arah peningkatan kesejahteraan rakyat.Jadi, adakah wajar kita membelanjakan RM100 billion untuk projek HSR?Tepuk dada tanyalah selera.Ia bukanlah kerana memiliki laluan kereta api laju tidak membawa apa-apa manfaat. Jepun mempunyainya. UK-Perancis mempunyainya. China juga mempunyainya.Namun ingatlah pesanan orang-orang tua kita: Ukurlah baju di badan sendiri.Radzi Tajuddin

  43. Mohamad Mohd Khalid kalau hutang berbanding KDNK hanya 50.8% maknanya mampu la sebenarnya. 1986 elok je walaupun 103%. Zaman 1998 elok je walaupun hutang sekitar 80%. Aku taknak komen pasal proposal YTL tu sebab takda artikel berkaitan. Kalau hg ada, bawa mai sini. Tapi seingat aku YTL ni track record dia project harga rendah, perjanjian konsesi yang untung besar dan merepek.

  44. C&P.. just for info..Very Interesting read.. reality sets in.. behind the curtain of SG – KL HSR cancellation.. hidden hand of Justo’s case.. etc.. ???Let’s continue our story about how Singapore, supposedly a clean and incorruptible nation, secretly helped ex-PM Najib Razak during the peak of the 1MDB scandal. The plausible possibility that the Government of Singapore was the “hidden hand” behind the blackmailing of Swiss national Xavier Andre Justo to change his story has since gotten The Straits Times extremely worry.As the world’s 3rd top financial centre (behind London and New York), it’s an insult to the peoples’ intelligence that Singapore didn’t know the documents supplied by 1MDB relating to its Brazen Sky Limited account were false bank statements. The Monetary Authority of Singapore knew that Arul Kanda was bullshitting when he claimed US$1.103 billion cash was kept at BSI Bank Limited, Singapore.Besides the United States, Switzerland and Luxembourg, it’s believed that Najib and his wife Rosmah keep their ill-gotten money in Singapore as well. Prime Minister Lee Hsien Loong loved Najib simply because such corrupted Malaysian leader can be easily manipulated and controlled. As a financial centre, Singapore does not discriminate against dirty or laundered money.The Singapore-Kuala Lumpur 350-km high-speed rail (HSR) link project which had been inked in 2016 under the previous PM Najib Razak was inflated to include kickbacks. As revealed by newly installed Prime Minister Mahathir Mohamad, the project was designed in such a way that Malaysia will be penalised close to RM500 million if they withdraw from it.In actuality, Singapore doesn’t need the HSR project. After all, more than 90% of the railroad will be on Malaysian soil. It’s amazing that Singapore gets to pocket half a billion ringgit in the event the contract is cancelled considering the island’s involvement is less than 10%.Consider this – the 688-km East Coast Rail Link (ECRL) project costs RM55 billion but the shorter 350-km HSR project will cost RM110 billion.Obviously, something is fishy when it costs almost double for a shorter railway project. Shouldn’t China be awarded the HSR project since they could build it at half the price, or 50% discount? It appears that Singapore could have benefited massively from the high-speed rail project, possibly even kickbacks, after the “hidden hand” blackmailed Xavier Andre Justo to change his story.Unfortunately, both Najib Razak and Lee Hsien Loong, as they happily scratching each other’s back, didn’t anticipate that the 93-year-old Mahathir Mohamad could unseat the Barisan Nasional coalition government after being in power for 61 years since independence in 1957. All hell breaks loose when Pakatan Harapan coalition made a stunning victory.In normal circumstances, Mahathir should be the one flying to Singapore begging PM Lee Hsien Loong to cancel, or at least reconsider, the RM110 billion HSR project. Instead, it was the panicked Mr. Lee who flew to Malaysia to meet Mr. Mahathir. Even then, the Singaporean prime minister was given a short 30 minutes for the meeting, before the humiliated PM Lee left Mahathir’s office.Lee Hsien Loong wanted to talk about HSR with Mahathir, but the Malaysian leader simply told him that HSR will be scrapped, one way or another. With tail between legs, the Singaporean leader left. Today (Monday, May 28th), Mahathir unilaterally announced to the world that Malaysia will scrap the Kuala Lumpur-Singapore high-speed rail project.Mahathir said – “It is a final decision, but it will take time because we have an agreement with Singapore. It’s not beneficial. It’s going to cost us a huge sum of money.We’ll make no money at all from this arrangement. It is only a short track. It is only going to save people one hour by taking the HSR.”To lose RM500 million in penalty for cancelling the project is better than to spend RM110 billion on a mega-project which is doomed to fail. The ticket price for the HSR trip will be too expensive for ordinary Malaysians. However, based on Mahathir’s track record, he is not going to bend over and flash half a billion of ringgit to Lee Hsien Loong without a fight.If Mahathir had previously given Lee Kuan Yew a run for his money, chances are the old man is going to do the same to his son now. The Malaysian prime minister has already hinted that his administration will haggle – and most likely drag his feet – about the final compensation figures for Singapore.Malaysia-Singapore HSR – High Speed RailwayHeck, Mahathir might even just offer Hsien Loong a small token of compensation for cancelling the project, and there’s nothing Singapore can do about it. Will Singapore drag Malaysia to the international court and in the process spill the beans about how the unfavourable terms were made between scandal-plagued Najib Razak and his Singapore buddy?Hsien Loong is easy meat to Mahathir. When push comes to shove, Malaysia can easily threaten Singapore over its national security – by allowing China to deploy its radar surveillance and missile system in Johor, essentially spying on the little island. Last year, Beijing offered AR3 multiple launch rocket system (MLRS) to be positioned in Johor, Malaysia.Conventional wisdom says it would be wise for Singapore to forget about insisting on the RM500 million penalties, in the interest of maintaining good relationship between both countries. It’s better for Mahathir to owe Lee Hsien Loong a favour than to start a confrontation. Singapore’s reputation will be at stake if the country is openly mentioned as the “hidden hand” behind Justo blackmail in Thailand. 1MDB Scandal – Xavier Andre Justo Arrested in Thailand.Kredit financetwitter

  45. Mohamad Mohd Khalid aku nak tanya ko, mana kerajan petik angka RM 110 billion? Selama ni kita tahu sekitar RM 50-70 billion sampai siap.

  46. Hebat semua pakar2 ni…. sabarla kerajaan baru kan… bg dl pluang…dan Allah bg otak pkir… siapa pn y memimpin ad baik buruknya… cara pimpinannya pn bbeza… ni plhan rakyat… jadi tgu dan lhat… dok gelabah bewak buat ap…. bukan hangpa smua bleh naik jadi pemimpin… mcm zaman najib dl rakyat xssh… jd pkir rasional… guna akal… jgn statement tgantung sepi… smua hebat2 belaka… hujah pn hbt2… dari dok mgata sana sini baik buat amal dbln ramadhan ni… doa bnyk.. zikir bnyk…

  47. Lebih baik, dibatalkan semua project dan initiatives yang dibuat oleh DSN, jangan plak yang PH tak dapat ujudkan dan fikir mrk nak kekalkan sebab tiada altenatif lebih baik drp mrk. dulu kutuk, sekarang plak diteruskan, macam telan muntah DSN.

  48. Ptptn tunggu sampai gaji 4000, gst 0 persent while waiting sst. Then HSR dibatalkan. i can not brain this???. soalnya bukan sbb kerajaan baru tapi macam mana nak manage kerajaan baru

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *