Meriah

Meriah…Saya bersama di Jamuan Kesyukuran Aildilfitri 2018 anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal bersama UMNO Cawangan Tasek dan Keluarga Hj Ismail Mat di Perkarangan rumah Arwah Ayah saya Hj Ismail di Kg Tasek Chempedak.
Alhamdulillah sambutan cukup meriah dan menggalakkan lebih 1000 orang hadir memeriahkan majlis ini. Saya turut sampaikan sumbangan kepada Iman, Bilal, Siak, Penggali Kubur, Pengurusan Jenazah Lelaki & Wanita. Mereka ini amat berjasa kepada masyarakat.
Pelbagai jenis hidangan seperti Nasi Lemak, Laksa, roti canai, murtabak, bihun sup, bihun serta mee goreng, apom balik dan macam-macam lagi.
Terima kasih kepada semua kepimpinan masyarakat yang hadir serta masyarakat yang hadir beramai-ramai. Tidak lupa ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas, Ajk dan ahli keluarga Hj Ismail yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Semoga Allah terus merahmati perjuangan ini.
#pemudabangkit
#pemudaistiqamah


Facebook: https://www.facebook.com/mohdnorhiesam.sham

401 Replies to “Meriah”

  1. Pelatuk Rimba…saya dah wakilkan kepada Cawangan Padang Lalang untuk jemputan. Ramai juga orang Padang yang hadir Pak Lang Yung, Abg Mat Ayam, Abg Azhar dll.

  2. Berusahalah menjadi pemimpin yg sentiasa berbakti dan baik dgn semua org.insyaallah anda akan disayangi.terima segala kritikkan dan pandangan yg baik.kejujuran adalah sifat terpuji.

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *