Jam 4

Jam 4.30 petang tadi anak yang sulung balik dari sekolah agama. Dia gi naik basikal so dia balik sendiri.
Dia pun tunjuk lah hasil yang diaorang dapat masuk bertanding hari ni.
Pastu Kak Mah pun gi ambik yang tengah dan yang bongsu dari sekolah agama.
Dalam kereta beria-ia dua beradik tu cakap diaorang tak menang, dapat nombor last. Kak Mah pun follow je lah rentak diaorang yang berlakon sakan tu.
Bila balik rumah cepat cepat diaorang keluarkan hadiah diaorang. Pandainya lah nak suprise kan umi ye.
Alhamdulilah doa Kak Mah dari kejauhan Allah makbulkan.
Yang sulung johan hafazan surah Al-Mulk. Yang tengah saguhati untuk solat jenazah.
Yang bongsu johan nasyid [L].
Hadiah satu bonus sebenarnya. Yang penting pendedahan yang diaorang dapat di sebalik pertandingan yang disertai.
Yang tengah agak kecewa sebab dia tak raih tempat pertama macam abang dan adiknya. Puas Kak Mah pujuk cuba lagi tahun depan.
Sebelum dia keluar main dia cakap satu ayat yang buat Kak Mah touching sangat and he just eleven years old.
“Kalau umi meninggal nanti Arief boleh solatkan umi, Arief dah pandai solat jenazah”.

1mdb scandal, Kes bunuh Al Tantuya, Kes Teo Beng Hok mati , Kapal Selam scandal, Terkini kes rasuah , SIASAT BAYARAN RM9

1mdb scandal
Kes bunuh Al Tantuya
Kes Teo Beng Hok mati
Kapal Selam scandal
Terkini kes rasuah
SIASAT BAYARAN RM9.5 JUTA DITERIMA SHAFEE, GESA KUMPULAN PEGUAM
Siasat bayaran RM9.5 juta diterima Shafee, gesa kumpulan peguam

SEKUMPULAN peguam menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyiasat dakwaan pembayaran RM9.5 juta oleh bekas perdana menteri Najib Razak kepada pendakwa raya Muhammad Shafee Abdullah, yang dibuat dua minggu sebelum Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan Anwar Ibrahim yang diperoleh pada 2012.
Penasihat Lawyers fo Liberty N. Surendran berkata walaupun kerajaan baru berkuasa sejak 10 Mei, tiada berita mengenai kes itu.
“Adakah Najib dan Shafee sudah disoal oleh polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak kerajaan PH mengambil alih kuasa? Apakah status siasatan dan adakah peguam negara baru sudah diberi taklimat mengenainya,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Tahun lepas, Sarawak Report mendakwa RM9.5 juta yang diterima Shafee pada Februari 2014 hanya dua minggu sebelum Mahkamah Rayuan membatalkan pembebasan Anwar pada 2012.
Laman sesawang pemberi maklumat itu mengatakan wang berkenaan datang daripada akaun bank “yang dikenal pasti sebagai dibiayai oleh wang dicuri oleh perdana menteri daripada anak syarikat 1MDB, SRC, yang meminjam sejumlah RM4 bilion Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP”.
Surendran berkata ini adalah isu sangat serius, kerana ia melibatkan integriti sistem kehakiman dan hak untuk perbicaraan yang adil terhadap Anwar.
“Pendedahan pembayaran mengejutkan ini dibuat pada Jun 2017 oleh laman sesawang pemberi maklumat Sarawak Report. Laporan polis dan SPRM sudah dibuat untuk siasatan.
“Namun, walaupun terdapat keseriusan terhadap perkara ini, tiada tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa yang beroperasi di bawah rejim Barisan Nasional terdahulu.”
Beliau berkata Najib sekian lama bergantung kepada kelebihan kuasa kerajaan dan jawatan untuk melindungi dirinya dan rakan-rakan daripada sebarang penyiasatan dan pendakwaan.
“Tidak perlu berdiam diri lagi tentang perkara ini. Kami menggesa SPRM dan polis bergerak pantas dalam siasatan, dan segera memaklumkan orang ramai tentang status atau hasil siasatan itu”

Market dulu masa zaman Najib price pernah sampai ke harga RM4

Market dulu masa zaman Najib price pernah sampai ke harga RM4.3 1 dollar. Dekat zone tu ada pergerakan Head and shoulder. Bila ada HnS maka valid price nak turun dah.
Kemudian berlaku bearish penurunan. Naik sedikit tu memang akan berlaku kita panggil PULLBACK/RETRACMENT/CORRECTION apa apa la istilah.. so masa buat mat2 kaki kondem tu belajar le dulu price action ilmu nih baru boleh jadi pengulas.
Ni kemain cerita naik pullback ke harga RM4 je terus kata nak bankrup.. ko tau tak.. price buat momentum naik tu sebenarnya nak turun lagi jauh kebawah. Mungkin ke harga RM3.5.. masa tu ko nak kata apa plak??

KENYATAAN MEDIA, HENTI SEGERA PROMOSI LGBT DALAM PAMERAN ANJURAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG, Pemuda UMNO Nibong Tebal mendesak Kerajaan Negeri…

KENYATAAN MEDIA
HENTI SEGERA PROMOSI LGBT DALAM PAMERAN ANJURAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Pemuda UMNO Nibong Tebal mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberhentikan segera pameran yang mempromosikan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) di Festival George Town yang sedang bermula 4 Ogos sehingga 2 September ini di Dewan Sri Pinang, Georgetown.
Pameran yang diadakan bersempena hari kemerdekaan ini mendapat tajaan utama daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Perkara ini amatlah mendukacitakan kerana sikap Kerajaan Negeri yang langsung tidak menunjukkan sensitiviti mereka terhadap orang Islam yang merupakan majoriti di Negara ini malah Islam adalah agama rasmi Malaysia.
Seharusnya dalam bulan kemederkaan ini diraikan dengan penuh rasa patriotik namun sayangnya di Pulau Pinang ia jauh menyimpang dari maksud sebenar kemerdekaan dan ini terbukti apabila mereka memilih pejuang dan aktivis LGBT sebagai ikon dalam program ini.
Pemilihan Siti Kassim, Nisha Ayub dan Pang Khee Teik yang merupakan aktivis LGBT mempunyai maksud tersirat dan tersurat. Ketiga-tiga mereka ini dijadikan sebagai ikon dalam pameran tersebut malah di dalam biodata mereka secara terang-terangan menyatakan mereka ini adalah pejuang LGBT yang ditolak serta bercanggah dengan budaya dan Agama dinegara ini.
Pameran sebegini akan meninggalkan kesan yang negatif kepada pengunjung khususnya kepada golongan remaja serta muda yang akan melihat LGBT sudah mula diiktiraf oleh negara kita.
Pemuda UMNO Nibong Tebal juga melihat perkara ini seakan sengaja mahu mencetuskan provokasi dan mencabar institusi Islam sekaligus mencetus kemarahan orang Islam. Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sengaja mahu mencetus kekecohan antara agama di negara ini?
Selain itu, Pemuda UMNO turut mendesak agar Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam negeri Pulau Pinang campur tangan kerana melibatkan orang Islam yang jelas memperjuangkan budaya songsang yang diharamkan oleh Agama Islam.
Janganlah kerana Pakatan Harapan kini menjadi tonggak kepimpinan Negara maka sudah ada yang berani mencabar kedaulatan Agama Islam. Pihak kami juga mendapati Anak kepada YAB Perdana Menteri, Marina Mahathir juga terlibat dengan Festival ini.
Di manakah YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) di dalam menangani isu LGBT ini?
Kami Pemuda UMNO Nibong Tebal tidak akan berdiam diri sekiranya pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil tindakan segera terhadap perkara ini.
Sekian,
Salam hormat dari saya,
MOHD NORHIESAM ISMAIL
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal

REPAIR KULIT TERLAJAK HOT! , Asalnya nak repair kulit kusam saja

REPAIR KULIT TERLAJAK HOT!
Asalnya nak repair kulit kusam saja.
Displin makan kollegen 4 kotak tanpa skip hasilnya terlajak hot ok.
Kollegen sangat terkenal dengan kehebatan untuk memperbaiki kulit supaya cantik, bersih,sihat dan mulus.
Tetapi pastikan anda betul kenal dengan bahan kollegen yang anda makan.
Kollegen yang terbaik adalah dari sumber haiwan.
Semakin umur kita meningkat kollegen dalam badan kita akan berkurang.
Pastikan anda tahu apa yang anda makan.
019 6673 707
#superibu

Presiden Buka Rakornas Pengendalian Inflasi Tahun 2018

Presiden Buka Rakornas Pengendalian Inflasi Tahun 2018
Presiden Joko Widodo secara resmi membuka Rapat Koordinasi Nasional Pengendalian Inflasi Tahun 2018 di Hotel Grand Sahid Jaya, Jakarta, Kamis, 26 Juli 2018. Rapat ini dihadiri ratusan kepala daerah dan perwakilan Bank Indonesia dari berbagai wilayah di Indonesia.
Tiba di lokasi sekitar pukul 08.55 WIB, Presiden tampak didampingi oleh Gubernur Bank Indonesia Perry Warjiyo, Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Darmin Nasution, Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman Luhut Binsar Panjaitan, Menteri Dalam Negeri Tjahjo Kumolo, Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi, Wakil Menteri ESDM Archandra Tahar dan Ketua Dewan Komisioner Otoritas Jasa Keuangan Wimboh Santoso. Adapun tema acara ini adalah “Mempercepat Pembangunan Infrastruktur untuk Mewujudkan Stabilitas Harga dan Pertumbuhan Ekonomi yang Inklusif serta Berkualitas.”
Setelah lagu Indonesia Raya dikumandangkan, acara kemudian dilanjutkan dengan laporan Gubernur Bank Indonesia Perry Warjiyo. Setelah itu, Menteri Koordinator Bidang Perekonomian yang juga selaku Ketua Tim Pengendali Inflasi Pusat (TPIP) Darmin Nasution menyampaikan sambutannya.
Sebelum memberikan arahannya, pada kesempatan ini juga Presiden Joko Widodo menyerahkan penghargaan Tim Pengendali Inflasi Daerah (TPID) Terbaik dan TPID Berprestasi tahun 2017.
Untuk kategori TPID Berprestasi tingkat kabupaten/kota diraih oleh Kabupaten Deli Serdang, Kabupaten Bangli, Kabupaten Banjar, Kabupaten Bitung, dan Kabupaten Manggarai Timur. Sedangkan TPID Terbaik tingkat kabupaten/kota diberikan kepada Kota Padang, Kota Kediri, Kota Samarinda, Kota Makassar, dan Kota Ternate.
Adapun untuk TPID Terbaik tingkat Provinsi diraih oleh Provinsi Sumatra Barat, Jawa Tengah, Kalimantan Barat, Sulawesi Utara, dan Nusa Tenggara Timur. Setelah penyerahan, seluruh kepala daerah penerima penghargaan kemudian berfoto bersama Presiden.
Usai menyerahkan penghargaan, Presiden menyampaikan arahan yang dilanjutkan dengan pemukulan gong sebagai simbol dibukanya Rakornas ini.
Jakarta, 26 Juli 2018
Deputi Bidang Protokol, Pers, dan Media Sekretariat Presiden
*Foto: Muchlis Jr – Biro Pers Setpres

Presiden Terima Kunjungan Kehormatan Menlu AS

Presiden Terima Kunjungan Kehormatan Menlu AS
Presiden Joko Widodo menerima kunjungan kehormatan Menteri Luar Negeri Amerika Serikat Mike Pompeo di Istana Merdeka, Jakarta, Minggu, 5 Agustus 2018. Presiden menyampaikan apresiasinya atas kunjungan yang menurutnya akan memperkuat hubungan kedua negara ini.
“Saya menghargai kunjungan Yang Mulia ke Indonesia. Kunjungan ini menunjukkan komitmen Amerika untuk memperkuat strategic partnership antara dua negara kita,” kata Presiden membuka sambutannya.
Dalam pertemuan tersebut, Presiden dan Menlu Pompeo membahas berbagai isu, baik isu bilateral maupun regional dan global. Isu pertama adalah mengenai strategic partnership antara Indonesia dan Amerika yang dibangun sejak 2015.
“Tugas kita adalah mengisi strategic partnership tersebut dengan kerja sama konkrit yang menguntungkan kedua negara. Tentunya diperlukan trust dan rasa saling menghormati,” lanjut Presiden.
Isu kedua yang dibahas adalah mengenai perdagangan. Presiden meyakini Indonesia dan Amerika dapat mengembangkan hubungan perdagangan yang saling menguntungkan karena produk-produk yang dihasilkan kedua negara tidak saling berkompetisi, tapi saling melengkapi.
“Kunjungan Menteri Perdagangan Indonesia ke Amerika Serikat minggu lalu menunjukkan kesungguhan Indonesia untuk membangun hubungan dagang yang saling menguntungkan,” ujar Kepala Negara.
Terkait isu perdagangan ini, secara khusus Presiden menyampaikan harapannya agar Amerika Serikat dapat tetap memberikan fasilitas GSP (Generalized System of Preferences) bagi Indonesia. Presiden menuturkan fasilitas GSP merupakan proses yang menguntungkan kedua negara.
“Saya mendengar lebih dari 53 persen impor GSP dari Indonesia adalah barang modal yang dibutuhkan produsen AS,” lanjutnya.
Dalam pertemuan ini Presiden didampingi oleh Menteri Sekretaris Negara Pratikno, Menteri Luar Negeri Retno Marsudi, Menteri Perdagangan Enggartiasto Lukita, Duta Besar Indonesia untuk Amerika Serikat Budi Bowoleksono, dan Direktur Jenderal Amerika dan Eropa Kementerian Luar Negeri Muhammad Anshor.
Jakarta, 5 Agustus 2018
Deputi Bidang Protokol, Pers, dan Media Sekretariat Presiden
*Foto: Kris – Biro Pers Setpres

Sebenarnya banyak plan nak buat hari ni

Sebenarnya banyak plan nak buat hari ni.
Nak gi sekolah anak ada program, 3 hero Kak Mah ambil bahagian. Yang sulung masuk pertandingan hafazan. Yang tengah masuk pertandingan solat jenazah dan yang bongsu masuk pertandingan nasyid, dia lead/ tekong.
Plan nak masuk ofis jugak, nak print dokumen agreement bagai, esok client nak sign.
Sesungguhnya kita merancang, Allah juga merancang dan Allah sebaik baik perancang.
Sudahnya tersadai Kak Mah kat rumah je hari ni, tak sihat, pening, dah start nak demam. Simptom biasa akan kena bila kita kebegukkan.
Ya Kak Mah kena beguk. 2 minggu sudah anak bongsu yang kena. Jangan main-main kome, beguk ni memang berjangkit sebab dia bawaan virus.
Dah gi jumpa doktor tadi, bawa balik lah bekal ubat tahan sakit dan gel nak kurangkan ketidakselesaan otot yang tegang.
Tadi dah try gel yang doktor bagi, masa mula mula sapu kat pipi yang bengkak ok je, seminit lepas tu, rasa pijar, panas tak selesa. Menyesal pulak sapu banyak naw tadi. Lima minit lepas tu baru la rasa berangin.
Mencabar betul sapu gel tu. Kalau gitulah kekdahnya lebih baik sapu minyak urut waterbased MMG je. Dari awal sapuan hingga ke akhirnya sejuk berangin. Dah la tu wangi pulak. Tenang je rasa.
Sakit tau bila kena beguk ni. Muka lak kembang semangkuk, maklumlah pipi bengkak kiri dan kanan . Doakan Kak Mah cepat sembuh ye.
Untuk 3 hero Kak Mah, maafkan umi sebab tak dapat nak hadir bagi sokongan moral hari ni. Umi doakan kejayaan untuk korang dari kejauhan je.
?

Banyaknya air mata yang gugur pagi ni

Banyaknya air mata yang gugur pagi ni. Sampai sendat dada dan hidung, tersumbat dan sesak dibuatnya. Bernafas pun sukar, angin keluar masuk ikut mulut je.
Ni lah kekdahnya tiap tiap kali datang “Program Permuafakatan Ibu Bapa dan Kecemerlanngan.
Ada pulak motivator pagi ni mainkan perasan. Hibanya perasaan. Adeh memang tumpah air mata.
Kak Mah memang ratu air mata. Hati tisu, hati kecik, silap haribulan tengok kartun pun boleh nangis kalau ada part yang touching.
Credit kepada minyak urut waterbased MMG, lapangkan hidung yang tersumbat terok gara gara menangis tak hengat dunia.

Assalamualaikum

Assalamualaikum…Saya ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI kepada semua rakan-rakan, abang2, kakak2, Pak Cik Mak Cik dan semua yang diberi ruang pada tahun ini menjadi TETAMU ALLAH.
Didoakan agar sihat walafiat, tenaga yang baik serta dipermudahkan menunaikan Rukun Islam yang Ke 5 ini. Laksanakanlah sebanyak mungkin ibadah mengikut adab dan peraturan yang telah dianjurkan kepada kita. Jangan lupa jaga keselamatan, berdisiplin dan mematuhi peraturan yang telah ditentukan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia.
Saya doakan Semoga mendapat HAJI YANG MABRUR.
#pemudabangkit
#pemudaistiqamah